‘Saya cukup gembira untuk melepaskan awak…’ Lufya Omar enggan panjangkan isu nafkah anak, pilih tamatkan kes

Iklan

DI sebalik senyuman seorang ibu, ada cerita perjuangan yang tidak selalu diceritakan. Begitulah perjalanan yang sedang dilalui pelakon Lufya Omar apabila akhirnya memilih untuk menghentikan tuntutan nafkah anak terhadap bekas suaminya, Dr Che Hafiz, satu keputusan yang lahir daripada hati yang sudah terlalu lama memendam rasa.

Pada usia 40 tahun, Lufya membuat langkah mengejutkan itu bukan kerana berputus asa, tetapi kerana tidak mahu terus terperangkap dalam pertikaian yang dirasakannya tidak membawa sebarang kebaikan.

Iklan
Iklan

Dalam hidupnya sebagai ibu tunggal, keutamaan sentiasa tertumpu pada ketenangan diri dan kesejahteraan anak.

Melalui satu hantaran di Instagram Story miliknya, pelakon itu meluahkan apa yang terbuku di hati. perkongsian yang ringkas tetapi sangat dalam maknanya, menggambarkan keletihan emosional yang jarang diperdengarkan kepada umum.

Iklan

“Saya cukup gembira untuk melepaskan awak daripada tanggungjawab itu,” tulisnya, seakan menarik nafas panjang melepaskan satu beban yang lama dipikul.

Dalam catatan lain, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu berkata, keputusan menarik diri daripada menuntut nafkah dibuat kerana tidak mahu lagi “bergaduh” tentang sesuatu yang sepatutnya diselesaikan dengan tanggungjawab, bukan pertikaian.

Iklan

"Peguam saya sangat hebat. Tetapi satu perkara, fikirlah apabila awak berkata awak tidak mampu dan mahu melawan saya habis-habisan,” tulisnya lagi dalam nada tegas.

Sebagai seorang ibu yang membesarkan Laana Haura sendirian, Lufya mengakui keputusannya bukanlah yang mudah. Namun setelah menimbang segala sudut, dia memilih jalan yang paling memelihara maruah dan ketenangan dirinya.

Alhamdulillah, ada seseorang yang banyak berhutang dengan saya di dunia dan akhirat. Semoga ibumu masuk syurga Laana Haura asbab berjuang sendiri.”

Walaupun ringkas, kata-kata itu sarat mesej, tentang beratnya memikul tanggungjawab membesarkan anak seorang diri, tentang hati seorang wanita yang tak pernah berhenti kuat, dan tentang perjalanan jiwa yang memilih untuk melepaskan demi kedamaian.

Untuk rekod, Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang puteri, Laana Haura, kini berusia tujuh tahun.

Perkahwinan mereka berakhir pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Selepas perceraian, Dr Che Hafiz kemudiannya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada Disember 2022.