Domino’s perkenal piza dengan sentuhan Carbonara Itali

Iklan

CARBONARA kini hadir dalam bentuk piza! Domino’s memperkenalkan La Carbonara, rangkaian piza berinspirasikan hidangan pasta klasik Itali yang mudah dikongsi dan dinikmati bersama keluarga atau rakan.

Tersedia dalam tiga variasi, setiap piza menampilkan sos carbonara berkrim, lapisan mozzarella melimpah, dan kerak hand tossed klasik yang dibakar segar dengan sapuan bawang putih. Cheesy Beef Carbonara memadankan daging kisar dan daging streaky dengan tomato ceri, bawang dan cendawan. Chicken Carbonara lebih ringan dengan ayam peperoni, cendawan dan tomato ceri, manakala 3 Meats Carbonara untuk pencinta daging padu, gabungan ayam peperoni, daging kisar dan daging streaky.

Iklan
Iklan

Untuk pencuci mulut, Classic Chunky Cookies yang lembut dan dipenuhi cip coklat cair melengkapkan pengalaman menjamu selera.

La Carbonara kini menanti di semua cawangan Domino’s,  pengalaman piza berkrim yang menyeronokkan untuk semua!

Iklan
Iklan