'Satu kebanggaan besar untuk saya...'- Dua anak perempuan Awie konvo serentak, raih anugerah di MSU

Iklan

DI sebalik dunia hiburan yang glamor dan penuh cabaran, Datuk Awie tetap menekankan satu perkara penting, pendidikan anak-anak nombor satu.

Itu yang jelas terpancar pada senyumannya sewaktu hadir ke Majlis Konvokesyen ke-36 Management and Science University (MSU) baru-baru ini, meraikan kejayaan dua puterinya.

Iklan
Iklan

Bukan sekadar tamat pengajian, dua puteri Awie tunjukkan mereka benar-benar bersinar. Putri Aleefa Antasha, 23, graduan Fotografi dan Video Kreatif, bukan sahaja meraih CGPA 3.78, malah dipilih menerima Anugerah Industri. Sementara itu, Putri Aleeya Antasha, 25, graduan Pengurusan Acara, juga mencatat prestasi membanggakan.

“Alhamdulillah, syukur. Ini satu kebanggaan besar untuk saya dan isteri. Walau apa pun berlaku dalam hidup atau kerjaya saya, pendidikan anak-anak tetap jadi keutamaan,” kata Awie dengan penuh kehangatan.

Iklan

Minat sendiri

Sejak kecil, anak-anak dibiasakan membaca, belajar, dan diberi kebebasan menentukan minat sendiri.

Iklan

“Saya layan mereka macam kawan. Mereka tanya pandangan, saya beri idea. Bila mereka setuju, mereka mulakan langkah sendiri.

"Syukur anak-anak saya jenis dengar kata. Yang penting, kemahuan mereka seiring harapan kita,” jelasnya.

Tidak ketinggalan, pemilik nama sebenar, Ahmad Azhar Othman itu turut berkongsi perkembangan anak lelakinya, Putra Ahmad Merah, yang kini melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Bagi pelantun lagu Ratuku, ilmu adalah bekal paling berharga.

“Dalam apa bidang pun, pendidikan boleh ubah masa depan seseorang,” tegasnya.

Di majlis itu juga, Aleefa tidak menahan keterujaan kerana dapat membahagiakan ibu bapa.

“Impian saya nak jadi penerbit filem,” katanya manis.

Aleeya pula berkongsi rancangan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Kejayaan anak-anak Awie membuktikan, walau dunia pentas penuh gemerlap, kasih sayang dan didikan dari rumah tetap menjadi tunjang utama. Pendidikan bukan sekadar ilmu, tapi juga kunci masa depan yang cemerlang.