Dari bimbingan ke kepimpinan, MyWira 2025 bentuk generasi muda cemerlang dalam era digital dan teknologi hijau

Iklan

SETIAP wanita membawa potensi luar biasa dalam dirinya, namun cabaran kadang-kadang menghalang mereka untuk menonjol, terutama dalam bidang teknikal dan industri yang sedang berkembang.

Menyedari hakikat ini, TalentCorp Malaysia telah melancarkan Women-Industry Network (WIN) Wanita MyWira Cohort 2025, satu inisiatif yang memberi peluang kepada wanita muda untuk berkembang dan bersinar dalam sektor yang kini masih kurang diisi oleh tenaga wanita.

Iklan
Iklan

Majlis pelancaran telah berlangsung pada 29 November lu bertempat di IDCC Shah Alam.

Walaupun wanita kini menyumbang lebih 60 peratus graduan institusi pengajian tinggi, penyertaan mereka dalam bidang seperti kejuruteraan, sains data dan teknologi hijau masih rendah.

Iklan

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita pada tahun 2024 hanya 56.5 peratus, jauh daripada sasaran 60 peratus di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dan agenda Ekonomi Madani.

Pelbagai halangan seperti kekurangan akses bimbingan, fleksibiliti tempat kerja yang terhad, jangkaan budaya, dan kekurangan wakil wanita dalam kepimpinan, menjadi faktor yang melambatkan kemajuan ini.

Iklan

Di syarikat tersenarai awam, hanya 33.1 peratus jawatan lembaga pengarah diisi oleh wanita, manakala jurang ini lebih ketara di kawasan luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.

Sejak penubuhannya pada 2021, WIN berperanan memperkukuh talenta wanita melalui program bimbingan, pembangunan kemahiran dan pendedahan kepimpinan.

Inisiatif ini selaras dengan kerangka kerja nasional dan global, termasuk Dasar Wanita Negara, platform MyMahir, World Economic Forum Gender Parity Accelerator, dan Women’s Empowerment Principles Corporate Action Lab.

Wanita MyWira Cohort 2025 menandakan kohort ke-11 WIN yang paling teknikal, melibatkan 300 mentee berumur 18 hingga 25 tahun dari 25 universiti dan institusi vokasional.

Sepanjang lima minggu program hibrid dari 1 hingga 29 November, para peserta mendapat bimbingan daripada 41 profesional dalam 10 sektor berpotensi tinggi, termasuk kecerdasan buatan, teknologi hijau, kejuruteraan, sains data dan sains gunaan.

Girls for Girls

Program ini menekankan kepimpinan, komunikasi, rundingan, khidmat awam dan pengambilan keputusan beretika melalui sesi berkumpulan, simulasi peranan, serta kajian kes.

Girls for Girls Malaysia menjadi rakan bimbingan, manakala penajaan disokong oleh Paragon Group.

Antara mentor dan penceramah jemputan yang terlibat ialah Datuk Astanah Abdul Aziz, Timbalan Setiausaha Kehormat Kementerian Luar Negeri; Wong Shu Qi, Ahli Parlimen Kluang & Pengerusi TalentCorp; Dr Jasmine Begum, Board Member TalentCorp & Corporate & Government Affairs Microsoft; Lee Shin Mei, Pengarah Undang-Undang & COO CTOS; Tatiana Choy, Pengurus Kanan Bank Negara Malaysia; Bong Siew Yong, bekas Pengarah Urusan Ambition Malaysia; dan Aina Nadzir, Ketua Pemasaran Kumpulan KPJ Healthcare Bhd.

Mereka berkongsi pengalaman dan panduan tentang mengatasi sindrom penipu, komunikasi berkesan, menangani cabaran, merunding gaji, dan memimpin dengan integriti serta empati.

Dalam usaha memperkecilkan jurang gaji antara jantina, Malaysia telah mencatatkan penurunan dari kira-kira RM200 pada 2023 kepada RM18 pada 2025, namun pakar menegaskan bahawa reformasi struktur lebih mendalam masih diperlukan.

Program seperti WIN Wanita MyWira menjadi nadi kepada usaha nasional yang lebih luas, memastikan wanita bersedia untuk mengambil peranan sepenuhnya dalam transformasi ekonomi digital dan hijau negara, sambil membina kerjaya yang bermakna dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang.