Pramugari luah rasa syukur, kini boleh bertudung ketika bekerja: ‘Takut jika terjadi sesuatu dan aurat tidak terjaga’

Iklan

KADANG-kadang, kebebasan yang kita cari bukanlah sesuatu yang besar, cukup sekadar dapat menjadi diri sendiri tanpa rasa takut.

Bagi segelintir wanita, terutama yang bekerja beruniform, keinginan itu hadir dalam bentuk yang sangat sederhana: menutup aurat dengan tenang ketika mencari rezeki.

Iklan
Iklan

Itulah yang dirasai oleh seorang pramugari yang dikenali sebagai Fasha, apabila syarikat penerbangannya mengumumkan polisi baharu seragam kru kabin yang akhirnya membenarkan pramugari berhijab.

Ia bukan sekadar perubahan pakaian. Ia sebuah nafas lega selepas bertahun bekerja dengan rasa bimbang yang hanya Tuhan tahu.

Iklan

Dalam satu hantaran, wanita itu berkongsi rasa syukur dan kelegaan apabila syarikat penerbangan tersebut memperkenalkan pembaharuan pada polisi pakaian seragam, satu langkah besar yang membenarkan kru wanita berhijab.

Iklan

Dalam coretan jujurnya di Threads, Fasha mendedahkan ketakutan yang sering menghantui dirinya setiap kali bertugas di awan biru.

Bukan disebabkan cuaca, bukan kerana cabaran kerja, tetapi kerana satu kerisauan yang begitu peribadi: bimbang sekiranya berlaku sesuatu ketika bekerja dan jasadnya ditemui dalam keadaan aurat tidak terjaga.

"Nak kongsi benda yang paling saya takut bila tengah kerja atas sana sebagai pramugari.

"Perasaan ni lebih-lebih lagi bila pergi destinations yang require saya pakai skirt," ujarnya.

Perkongsian tersebut menggambarkan perasaan halus yang mungkin sukar difahami orang lain, namun cukup besar ertinya buat seorang wanita beragama.

Tambahnya lagi sebelum ini, kru wanita penerbangan tersebut hanya diwajibkan berhijab apabila bertugas ke Jeddah atau Madinah.

Bagi Fasha, itu satu-satunya waktu dia dapat bekerja dengan hati yang lebih tenteram — sebab itu juga dia kerap meminta tugasan ke destinasi berkenaan.

“Tapi sekarang, Alhamdulillah… saya pergi kerja pun lebih tenang,” luahnya lagi.

Keputusan tersebut bukan sahaja membuka peluang lebih luas kepada wanita berhijab yang bercita-cita menjadi pramugari, malah menunjukkan komitmen AirAsia terhadap nilai keterangkuman dan pilihan peribadi.

Sekadar makluman, seragam baharu itu masih mengekalkan warna merah ikonik syarikat, namun diberi nafas segar dengan potongan berlengan panjang, seluar panjang serta hijab bercorak polkadot yang menyerlahkan identiti wanita Malaysia moden.

Uniform baharu tersebut dijangka mula diperkenalkan secara rasmi pada Ramadan 2026, membawa bersama harapan dan keyakinan baharu buat kru wanita yang selama ini ingin terbang tinggi tanpa perlu melepaskan prinsip diri.

Dalam dunia yang sentiasa berubah, kadang-kadang perubahan kecil seperti ini sudah cukup untuk membuat seseorang berasa dihargai dan dilihat.