Foto praperkahwinan Erra & Mr E tular, warganet sebak doakan penghujung bahagia. 'Mereka memang layak'

Iklan

PERKAHWINAN pelakon dan pengacara Erra Fazira dan ahli perniagaan, Ezwan Zain bakal berlangsung 12 Disember ini.

Segala persiapan pasangan bakal raja sehari itu dilaporkan berjalan lancar, namun yang paling mencuri perhatian ialah foto praperkahwinan mereka yang tular selepas dikongsikan di TikTok rasmi perniagaan Ezwan, Kueh Cafe.

Iklan
Iklan

Video tersebut memaparkan bekas ratu cantik Miss Malaysia World 1992 itu anggun mengenakan kebaya panjang, sementara Ezwan tampil segak berbaju Melayu sekali gus menyempurnakan lagi aura romantis pasangan itu.

“Yeah boss, kami sudah hendak kahwin #kuehcafe #121225 #ee #ezwanerra,” tulis kapsyen pada video berkenaan yang meraih pujian dan doa kebahagiaan daripada warganet.

Iklan

Warga maya teruja untuk melihat Erra dan Ezwan diraikan 12 Disember ini.

Malah ramai tidak ketinggalan mendoakan majlis yang akan berlansung Jumaat ini berjalan lancar dan perkahwinan berkekalan hingga ke jannah. 

Iklan

“Mereka layak bahagia, setelah lama beri masanya untuk anak-anak, rasa puas tengok bila masa mereka pula diraikan.”

“Kita pula yang senyum lihat mereka. Semoga berbahagia sampai akhir hayat.”

“Untung boss awak dapat ratu cantik dan Primadona .”

“Perkahwinan ini berlangsung saat Erra sudah berhijab. ALLAH." telah mengatur perjalanan hidup primadona kesayangan ramai ini dengan begitu indah. Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin Ya Rabb."

Terdahulu, Erra  atau nama penuhnya Fazira Wan Chek bergelar ibu tunggal selama 10 tahun selepas bercerai dengan  Engku Emran pada 17 Februari 2014.

Erra pernah berkahwin dengan Datuk Yusri Abdul Halim pada 2003 namun bercerai pada 2006.

Menerusi perkahwinan dengan Engku Emran, jelitawan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dinamakan Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.

Sementara itu, Mr E atau nama sebenarnya Muhammad Ezwan Muhammad Zain merupakan bapa tunggal kepada seorang cahaya mata perempuan.