PENYANYI dan personaliti terkenal, Sissy Imann selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Dr Zamir Hilman Dr Hamzah dalam sebuah majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Sissy dinikahkan sendiri oleh bapanya, Mohammad Kamil Mustaffa, disaksikan ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat pasangan mempelai.
Sebagai mas kahwin, Sissy menerima seutas gelang emas bernilai RM6,840. Pertukaran hantaran turut disempurnakan mengikut adat yang mana pengantin lelaki menyerahkan tiga dulang manakala pihak dibalas lima dulang oleh pihak pengantin perempan.
Antara hantaran yang paling mencuri perhatian ialah nombor plat khas kereta SIS5795 iaitu gabungan simbolik nama Sissy dan tahun kelahirannya, 1995.
Jenis kenderaan yang bakal menggunakan nombor plat tersebut masih dirahsiakan.
Turut menjadi tumpuan ialah hadiah percutian bulan madu ke Rom, Itali manakala jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga.
Majlis penyatuan Sissy dan dimulakan dengan acara pertunangan yang menyaksikan satu dulang hantaran daripada pihak lelaki dibalas dengan tiga dulang daripada pihak perempuan.
Sissy turut menerima tiga bentuk cincin berlian sebagai tanda pengikat pertunangan.
Ketika itu, beliau langsung tidak mengetahui bahawa Sissy ialah seorang selebriti kerana jarang menonton televisyen dan tidak mengikuti dunia hiburan secara dekat.
Hubungan mereka pada awalnya sekadar antara doktor dan pesakit, sebelum berkembang menjadi persahabatan yang lebih akrab.
Sissy sebelum ini mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dalam satu sesi bertemu media sempena pelancaran single terbaharunya berjudul “Dengan Kamu” yang diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Disember 2025.
Menariknya, lagu Dengan Kamu sendiri hadir sebagai sebuah karya peribadi yang sarat emosi tentang proses penyembuhan, belajar mencintai diri dan menghargai insan yang hadir tepat pada waktunya.
Pasangan itu menzahirkan rasa syukur atas kelancaran majlis dan memohon doa agar perkahwinan mereka sentiasa diberkati, kekal dalam kasih sayang serta harmoni hingga ke syurga.