Simpan emas dan pandu kereta elektrik sekali gus tanpa perlu bayar ansuran? Ini caranya yang ramai tak tahu

Iklan

PERNAH terfikir boleh simpan emas tapi pada masa sama pandu kereta elektrik tanpa perlu bayar ansuran bulanan? 

Bunyi macam mustahil, tetapi inilah yang dibawa oleh DMS Gold Program Simpan & Pandu iaitu program pertama seumpamanya di Malaysia yang menggabungkan simpanan emas dengan manfaat penggunaan kenderaan EV.

Iklan
Iklan

Dikenali sebagai DMS Gold Program, inisiatif ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati kenderaan elektrik sambil membina aset masa depan melalui simpanan emas. 

Pelanggan yang membuat simpanan 50 gram emas layak menggunakan NETA V, manakala simpanan 100 gram emas membolehkan penggunaan NETA X, tertakluk kepada tempoh pengekalan simpanan selama 1 atau 3 tahun.

Iklan

Dalam sesi temu bual bersama media baru-baru ini, Pengarah DMS Motors, Datuk Mohd Ali menjelaskan, program itu bertujuan membantu masyarakat menikmati mobiliti lestari sambil menggalakkan budaya menabung emas.

Iklan

"Kita merupakan yang pertama di Malaysia yang mewujudkan inisiatif di mana orang boleh simpan emas dan memandu kereta secara percuma. 

"Program ini bukan sahaja bantu masyarakat guna kereta EV, tetapi juga galakkan simpanan emas," ujarnya.

beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pelancaran bersama rakan strategik KOMAJU (Koperasi Usaha Maju Berhad).

Tambahnya lagi, program berkenaan juga berasaskan hak penggunaan kenderaan, bukan pemilikan. Sasaran utama adalah golongan B40 dan M40, menawarkan peluang jarang ditemui untuk memandu kereta tanpa beban bayaran bulanan atau kos penyelenggaraan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DMS Motors, Datuk Salim Rahman memberitahu, simpanan emas bukan sekadar pelaburan tetapi juga sumber manfaat tambahan.

"Simpanan emas akan menjana keuntungan kepada penyimpan, dan pada masa sama, mereka dapat guna kereta secara percuma. 

"Lepas setahun, pelanggan boleh pilih tukar model baharu atau ambil balik emas mereka," ujarnya.

Majlis pelancaran program tersebut turut menyaksikan penyerahan kenderaan kepada 10 pelanggan terawal, bacaan doa, dan sesi jaringan bersama media serta rakan strategik.

Dengan pendekatan praktikal, patuh syariah, dan menyokong mobiliti hijau, DMS Gold Program kini menjadi platform simpanan emas yang bukan sahaja menjana keuntungan tetapi juga membuka peluang gaya hidup moden untuk rakyat Malaysia.