PENYAMPAI radio dan pelakon, Neera Azizi tampil dengan kenyataan penuh rendah diri bagi menjelaskan isu ‘gender reveal’ yang tular baru-baru ini selepas dia berkongsi momen pendedahan jantina bayi di Tanah Suci.
Menurut Neera, video berkenaan dirakam semata-mata sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan ALLAH SWT dan tidak mempunyai sebarang niat lain.
Namun begitu, wanita tersebut mengakui tanpa disedari kaedah yang digunakan telah dilihat kurang beradab oleh sesetengah pihak.
"Pada awalnya, tujuan video tersebut dihasilkan hanyalah sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan anugerah ALLAH SWT dan tidak mempunyai sebarang niat lain.
"Perkara ini juga tidak bermaksud kami ingin menegakkan sebarang kesalahan yang telah dilakukan. Namun, tanpa disedari, kaedah yang digunakan telah dilihat sebagai kurang beradab," titipnya.
Neera turut merakamkan penghargaan atas segala teguran yang diterima dan menerimanya dengan hati yang terbuka selain memberi jaminan ia tidak akan berulang.
"Kami mengucapkan terima kasih atas segala teguran yang diberikan dan menerimanya dengan hati yang terbuka, serta menganggapnya sebagai satu nasihat yang baik.
“Pada awalnya tujuan video tersebut dibuat hanyalah sebagai tanda syukur atas anugerah ALLAH dan tidak ada niat lebih daripada itu. Namun kami akui kekhilafan tersebut,” jelasnya.
Dalam masa sama, Neera menegaskan, isu tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana.
“Insya-ALLAH kekhilafan ini tidak akan berulang lagi. Di sini juga Neera nak menegaskan isu ini tidak ada berkait dengan mana mana pihak travel agency. Ini adalah kekhilafan diri sendiri.
"Akhir kata, saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Semoga ALLAH mengampuni dosa kita,” katanya mengakhiri kenyataan.
Neera berharap penjelasan yang diberikan dapat menjernihkan keadaan dan isu ini tidak lagi dipanjangkan.
Untuk rekod, sebelum isu ini tercetus, Neera berkongsi momen istimewa mendedahkan jantina bayi sulungnya di hadapan Kaabah ketika menunaikan umrah bersama suami, Ustaz Muhammad Hafizi Mohd Noor.
Pasangan itu membuka sampul berisi kad bertulis “Congrats, it’s a baby girl”, sekali gus mengesahkan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan.
Neera dan suami telah melangsungkan perkahwinan pada Julai lalu, manakala pada Oktober beliau mengumumkan kehamilan