Tragedi Sungai Korok ragut nyawa enam sekeluarga, Putri Qisya bangkit terima Anugerah Tokoh Murid. 'Terbanglah tinggi, capai cita-citamu'

Iklan

MUNGKIN ramai yang masih mengingati tragedi pilu kemalangan di Sungai Korok, Jitra, Kedah yang meragut nyawa enam sekeluarga baru-baru ini.

Kehilangan ibu bapa dan empat orang adik dalam kejadian itu Julai lalu, anak sulung keluarga berkenaan yang satu-satunya selamat, Putri Qisya Nur Izzat, 12, Putri Qisya telah menerima Anugerah Tokoh Murid di sekolahnya.

Iklan
Iklan

Perkongsian video dikongsi pengguna Facebook Norsidah Dhiya, Putri Qisya sebak di pentas ketika menerima anugerah berkenaan.

"Takbir ALLAH mendahului segalanya. Empat bulan yang lalu kehilangan ahli keluarga tersayang dalam sekelip mata. Ujian amat berat untuk seorang anak kecil berusia 12 tahun

Iklan

"Tetapi, di sebalik kesedihan itu, terserlah kekuatan yang luar biasa dalam dirinya. Dia tidak memilih untuk jatuh, malah bangkit dengan semangat yang lebih utuh. Di sebalik segala pencapaian ini, dia tetap merendah diri dan sentiasa disenangi guru dan rakan. 

Iklan

"Semangatnya tidak pernah luntur, walau diuji dengan kehilangan paling besar dalam hidupnya. Cita‑citanya jelas, ingin menjadi seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia agar mampu berbakti kepada negara dan mengangkat nama keluarga yang amat dicintai.

"Matlamat murid ini ialah melakukan yang terbaik hari ini. Percaya setiap langkahmu membawa bahagia dari takdir yang indah. Ketukuhan dan kewibawaan murid ini serta sikap bertanggungjawab menghormati guru dan rakan‑rakan memberi impak yang sangat besar untuk ditabarkan sebagai Tokoh Murid bagi sesi akademik 2025.

"Murid yang dimaksudkan dialah adik Putri Qisya Nur Izzat yang terus kuat menghadapi kehidupan selepas kehilangan ibu bapa dan empat adik‑beradiknya dalam tragedi Sungai Korok, Jitra yang meragut nyawa enam sekeluarga. Putri Qisya, satu‑satunya yang terselamat ketika kejadian itu, kini menerima sokongan daripada pihak pendidikan serta masyarakat untuk meneruskan kehidupannya dan mencapai cita‑citanya," tutur pengacara majlis.

Artikel berkaitan: 

Sementara itu, pemilik akaun Norsidah Dhiya menitipkan doa agar Putri Qisya terus cemerlang dan terus mencapai kejayaan pada masa akan datang.

"Tahniah Qisya. Terbanglah tinggi. Kejar dan capailah cita-citamu. Moga ALLAH mudahkan dan lindungi Qisya selalu," kongsinya.

Warganet menitipkan ucapan tahniah buat Putri Qisya dan mengakui tidak dapat menahan air mata dan mendoakan kanak-kanak itu terus tabah dalam mengejar cita-cita dan impian.

Terdahulu, kanak-kanak itu  ditawarkan tajaan penuh pengajian oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK). Dia juga dijadikan anak angkat oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan dibantu mendapat tempat di MRSM dan dipantau perkembangan sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Imbas kembali, SinarPlus terdahulu berkongsi kisah pilu enam sekeluarga: Muhammad Azim Izat Ishak, 32; isteri, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31; serta empat orang anak iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan Tuah Haydar, enam bulan, yang gagal dikesan sejak Sabtu selepas pulang dari rumah adik Muhammad Azim di Taman Aman, Jitra.

Kehilangan keluarga itu terungkai apabila orang awam melihat bumbung sebuah kereta terapung di permukaan Sungai Korok pada pagi Isnin.

Ia membawa kepada penemuan enam sekeluarga yang tidak bernyawa di dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara yang tenggelam di dasar sungai.

Ketika kejadian, Putri Qisya tidak mengikuti keluarganya kerana hatinya berasa berat untuk ikut serta.