Rembayung buka 6 Januari! Restoran pertama Khairul Aming hidang masakan kampung 

Iklan

AKHIRNYA terjawab! Selepas berbulan-bulan dinanti, restoran milik pempengaruh terkenal Khairul Aming bakal membuka pintunya tidak lama lagi.

Selepas sekian lama mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat, Khairul Aming akhirnya mengumumkan tarikh pembukaan rasmi restoran miliknya pada 6 Januari ini.

Iklan
Iklan

Khabar gembira itu dimaklumkan Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming menerusi satu video di lama sosial.

Rembayung merupakan restoran sulung miliknya yang menampilkan konsep sajian tradisional Melayu dalam suasana yang santai serta ramah kepada pengunjung.

Iklan

Pelbagai hidangan kampung dan minuman disajikan, termasuk aneka kuih-muih tradisional.

Menurutnya, Rembayung beroperasi dengan konsep terbuka dan inklusif tanpa menyediakan bilik khas atau ruang VIP, sebaliknya menggalakkan pelanggan menikmati hidangan bersama dalam suasana kekeluargaan.

Iklan

"Dengan usaha ini diharapkan sedikit sebanyak kita dapat bantu mengangkat lagi juadah Melayu kampung ke mata dunia," ujarnya.

Terdahulu, jutawan muda itu memaklumkan bahawa pembinaan restoran pertamanya, Rembayung, melibatkan kos sebanyak RM4 juta.

Restoran tersebut didirikan di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru, kira-kira sembilan minit perjalanan dari pusat beli-belah KLCC atau Menara Berkembar Petronas.

Difahamkan, restoran berkenaan menerima pelanggan menerusi tempahan sahaja.

Sekadar info, Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman, 33, terkenal dengan Sambal Nyet, Dendeng Nyet dan Rendang Nyet Berapi.

Segalanya bermula pada Januari 2021 apabila beliau melancarkan produk pertamanya iaitu Sambal Nyet Berapi.

Selain terkenal dengan video masakan 30 Hari 30 Resipi, pempengaruh dengan tagline 'Hey what’s up guys' ini dinobatkan sebagai Creator of the Year pada TikTok Awards Malaysia 2023 setelah menerima lebih 1.3 juta undian bagi kategori People’s Choice.

Tahun lalu,  graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Vanderbilt, Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat itu menerima  Anugerah Usahawan/Teknokrat Berjaya sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H.