Kesihatan merosot sejak seminggu, Isma Aliff meninggal dunia pada usia 61 tahun

Iklan

BERITA duka buat dunia seni apabila pelakon, pelawak dan penyanyi, Isma Aliff, dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 pagi, Rabu.

Memetik laporan mStar, Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor.

Iklan
Iklan

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh adiknya yang dikenali sebagai Angah.

“Dia sudah lama sakit, cuma seminggu ini kesihatannya agak merosot,” kongsinya.

Iklan

Untuk rekod, Isma Aliff atau nama penuhnya, Muhammad Latiff Ismail, pernah membintangi filem-filem seperti Marah-Marah Sayang, Jaket Biru dan Sayang Ibu.

Selain itu, beliau juga aktif dalam drama dan pernah berlakon di bawah arahan Aziz M. Osman pada tahun 2000 menerusi drama Romeo.

Iklan

Selain berlakon dan melawak, Isma Aliff juga pernah menghasilkan empat buah album sendiri iaitu Eksyen Saja, Dengar Tau, Kembara Duka dan Macam-Macam Ada.

Allahyarham mendirikan rumah tangga bersama Norha Rafie dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Pada Disember 2023, arwah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada jantung dan paru-paru.

Salam takziah daripada pihak SinarPlus diucapkan kepada seluruh ahli keluarga. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.