KEADAAN kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perhatian warga maya selepas dilaporkan kecederaan patah tulang pinggul.
Anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerusi satu video pada Rabu memaklumkan pembedahan bukan satu pilihan sesuai untuk merawat tokoh negarawan itu disebabkan faktor usia bapanya yang sudah mencecah 100 tahun.
Menurut Mukhriz, pakar kesihatan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menasihatkan ahli keluarga agar Tun M menjalani proses pemulihan biasa tanpa melibatkan pembedahan.
Artikel penuh:
- Video tular Tun M keletihan berbasikal 9 kilometer, tinggalkan program lebih awal
- MC berusia 62 tahun tandatangan Tun Dr Mahathir tular, warganet terpegun tulisan tangan kemas. 'Stail betul, macam kaligrafi '
- 69 tahun bergelar isteri Tun Mahathir, Tun Dr Hasmah titip doa sempena ulang tahun kelahiran ke-100, toleransi resipi keutuhan cinta
- Tun M akui suka lihat anak bangsa berniaga, bebas daripada belenggu kemiskinan. 'Orang tanya apa legasi saya...'
"Pembedahan bukan satu opsyen yang baik. Kita telah dinasihatkan pakar-pakar Institut Jantung Negara (IJN), UKM untuk beliau melalui satu proses pemulihan biasa yang akan memakan masa sedikit. Ini supaya beliau boleh kembali sihat seperti biasa dan boleh kembali bertugas seperti sebelum ini,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di laman Facebook Kapten B Khalifa.
Dalam pada itu, Mukhriz berterima kasih kepada semua pihak yang berkongsi rasa simpati serta turut bersama-sama mendoakan kesihatan bapanya.
Terdahulu, Tun M mula menerima rawatan di IJN selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya sehingga mengalami patah tulang pinggul pada Selasa.
Tun M dilaporkan terjatuh selepas menjalani rutin harian 'brisk walk' pada pagi Selasa.
Sumber: Awani