Tun M akui suka lihat anak bangsa berniaga, bebas daripada belenggu kemiskinan. 'Orang tanya apa legasi saya...'
KENANGAN manis bagi penjual dan pengunjung bazar Ramadan sekitar Lembah Klang tahun ini apabila bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad, meluangkan masa membeli juadah berbuka di sana.
Dalam satu perkongsian video di Instagram miliknya, Dr Mahathir atau lebih mesra dipanggil Tun M mengakui beliau suka melihat orang Melayu berniaga dan bebas daripada belenggu kemiskinan.
"Saya cukup suka tengok orang Melayu masuk dalam bidang perniagaan dan berjaya. Sebab itu saya pergi tengok bazar Ramadan.
"Kalau dia tak dapat duit, dia tak boleh bayar. Saya sangat gembira kerana sekarang semakin ramai orang Melayu menceburi perniagaan. Masalah utama orang Melayu ialah kemiskinan.

"Bila mereka miskin, mereka jual tanah, jual itu dan ini, akhirnya tak ada apa-apa. Bagi saya, kejayaan orang Melayu memberi saya kepuasan," katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa legasi yang paling bermakna buat dirinya ialah melihat anak bangsa berjaya dalam pelbagai bidang, termasuk teknologi tinggi.
"Orang tanya apa legasi saya. Legasi saya itulah, saya seronok tengok. Dalam bidang yang canggih, teknologi tinggi pun ada budak-budak Melayu. Bukan sekadar buat sendiri, tetapi hasil kajian sendiri," ujarnya.
Dalam perkongsian itu juga, Tun M sempat meluahkan rasa gembira melihat kejayaan anak-anak bangsanya.
"Sebarang kejayaan orang Melayu buatkan saya gembira," tulisnya di bahagian kapsyen.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
