MC berusia 62 tahun tandatangan Tun Dr Mahathir tular, warganet terpegun tulisan tangan kemas. 'Stail betul, macam kaligrafi '

No Image Caption
A
A
A

 

TUN Dr Mahathir Mohamad sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Sempeta ulang tahun kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai, ramai yang memuat naik semula segala foto dan segala kenangan bersama negarawan itu.

Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu yang merupakan doktor perubatan memulakan kerjayanya sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar pada tahun 1953 iaitu selepas menamatkan pengajiannya di Tun Mahathir tamat pengajian di Kolej Perubatan Edward VI di Singapura (kini sebahagian National of Singapore).

Pada tahun 1957, figura yang juga dikenali sebagai Che Det itu meninggalkan perkhidmatan kerajaan untuk membuka klinik sendiri yang dinamakan Klinik Maha di Alor Setar.

No Image Caption

Memetik portal Yayasan Kepimpinan Perdana, klinik berkenaan merupakan klinik swasta pertama milik orang Melayu di negara ni. Memang langkah berani dan bersejarah!

Baru-baru ini, tular di laman sosial Threads sekeping sijil cuti sakit (MC) bertarikh 1 September 1963 yang dikeluarkan oleh klinik berkenaan dan ditandatangani Tun M.

"Tahun 1963. Mesti dia sakit teruk sampai Tun sanggup bagi lima hari MC! Hari ini, Tun Mahathir genap 100 tahun," kongsinya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Perkongsian akaun Time Tunnel Malaysia itu menjadi mencuri tumpuan warganet. Ramai netizen meluahkan rasa tertarik dengan tulisan pada MC berkenaan.

"Bukan selalunya tulisan doktor cakar ayam ke?Kenapa tulisan Tun cantik eh?"

"Tulisan doktor paling cantik yang pernah aku tengok. Yang lain-lain macam cakar ayam."

"Kenapa yang tulisan orang dulu-dulu cantik? Arwah ayah saya pun tulis macam ni."

"Stail betul, macam kaligrafi'

Tidak kurang juga yang berkongsi cerita tentang perkhidmatan klinik berkenaan yang memberikan caj berpatutan dan memberikan rawatan percuma kepada pesakit yang kurang berkemampuan.

"Ramai yang pernah cerita kalau tiada duit nak beli ubat mereka mintak Tun masukkan dalam buku 555. Sampai Tun dah jadi PM pun ada yang datang hulur RM5 sebab hutang ubat familinya dulu."

"Saya pun pernah beli ubat bersalin di Maha Klinik tetapi ketika itu abang Tun M yang menjaga klinik. Ketika itu Tun sudah jadi PM Malaysia. Bapa yang membawa saya ke klinik tersebut dan menceritakan Tun akan berikan rawatan percuma jika yang datang tu orang susah. Terima kasih Tun," kongsinya.

Sekadar info, Tun M terdahulu pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957 dan mula aktif dalam politik.

Sumber: Thread, Yayasan Kepimpinan Perdana

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang