Nad Zainal amalkan gaya hidup sederhana, fokus simpanan dan keperluan anak- 'Misi berjimat tahun ini'

Iklan

TAHUN 2026 ini mungkin sedikit mencabar buat ibu bapa di luar sana, terutama yang memiliki anak ramai.

Manakan tidaknya, selain perlu menyediakan kelengkapan untuk anak-anak memasuki alam persekolahan, jangan lupa bulan Ramadan dan Syawal yang berturutan selepas sesi persekolahan.

Iklan
Iklan

Bagi mereka yang mempunyai rezeki lebih pasti akan tampil dengan persiapan serba baharu, namun pelakon Nad Zainal memilih langkah berbeza. 

Bagi aktres berbakat ini, kemeriahan raya tidak semestinya datang dengan perbelanjaan besar, sebaliknya cukup dengan keutamaan yang betul dan niat yang jelas.

Iklan

Menjelang Aidilfitri yang bakal disambut sekitar Mac depan, pemilik nama sebenar, Farah Nadia Zainal Abidin mengakui sedang menjalankan ‘misi berjimat’ demi masa depan anak-anaknya yang masih bersekolah.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Nad memaklumkan keputusan tersebut dibuat bagi memastikan simpanan kewangan dapat digunakan untuk keperluan pendidikan seperti kelas tambahan dan tuisyen.

Iklan

“Misi nak berjimat tahun ini, nak menyimpan untuk anak-anak. Kelas tambahan, tuisyen dan sebagainya,” kongsinya ringkas.

Persiapan sederhana

Dalam masa sama, pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu turut berkongsi bahawa persiapan busana raya tahun ini dibuat secara sederhana, malah dia hanya membeli sepasang baju raya dengan harga di bawah RM100.

“Jenama murah-murah je awak, yang penting lawa.

Saya beli baju raya harga bawah RM100 dari TikTok,” ungkapnya jujur.

Lebih mencuri perhatian, Nad turut memuat naik tangkap layar sebagai bukti pembelian tersebut dalam satu lagi ciapan, sekali gus mencerminkan gaya hidup praktikal dan berpijak di bumi nyata.

Pendekatan Nad ini nyata memberi inspirasi, terutama buat ibu bapa yang sedang mengimbangi antara kehendak dan keperluan. Kadangkala, beraya secara sederhana itulah yang paling bermakna.