Didi Astillah kini tunangan Diniey Ng, Bella Astillah sebak saksikan detik bahagia adik

Iklan

PENYANYI Didi Astillah dilaporkan selamat bergelar tunangan kepada pilihan hatinya, Diniey Ng, pada Sabtu.

Majlis pertunangan berlangsung secara tertutup di sebuah hotel mewah sekitar Kuala Lumpur, hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat.

Iklan
Iklan

Walaupun ringkas, suasana majlis penuh kehangatan dan cukup bermakna buat pasangan tersebut yang pastinya bertuah diraikan oleh insan tersayang.

Momen bahagia tersebut turut dimuat naik oleh photographer budak.tadika menerusi Instagram Storiesnya.

Iklan

Pada hari bahagia itu, Didi tampil manis dalam persalinan baju kurung, sementara Diniey segak berbaju Melayu sedondon rona merah jambu lembut.

Iklan

Padanan yang sederhana tetapi cukup elegan untuk menonjolkan seri kedua-duanya.

Namun, antara detik paling menyentuh hati ramai ialah reaksi kakaknya sendiri. Bella dilihat sebak menyaksikan adiknya kini sudah menjadi tunangan orang.

Perasaan bercampur-baur antara gembira, terharu dan syukur jelas terpancar pada wajahnya.

Malah, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan Bella sedang mengesat air mata secara bersembunyi, seakan tidak mahu mengganggu detik bahagia adiknya.

Kejutan  lamaran

Dalam ucapannya, Bella turut menitipkan doa agar perjalanan cinta mereka kekal hingga ke jinjang pelamin. Katanya:

“Selamat malam, saya menghargai semua ahli keluarga yang berada di sini. Semoga pertunangan ini kekal dan pergi ke fasa seterusnya.

"Saya berdoa agar Didi dan Diniey bahagia. Mereka sudah enam tahun bersama.

"Jadi semoga cepat-cepat dihalalkan, insya-ALLAH. Terima kasih banyak-banyak," ungkapnya.

Sebelum majlis pertunangan ini berlangsung, Didi menerima kejutan lamaran daripada Diniey pada sambutan Tahun Baharu 2026.

Dalam video yang dikongsi, Diniey dilihat melutut sambil menyerahkan sebentuk cincin ketika konsert ambang Tahun Baharu di Sunway City Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Detik penuh kejutan itu disambut dengan sorakan penonton dan menjadi permulaan baharu yang manis untuk Didi, atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 30.

Kini, Didi melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan yang lebih matang, disaksikan keluarga dan insan tersayang.