Gabungan hidangan premium & semi buffet jadi tarikan Iftar Mubarak Platter Me’nate

Iklan

RAMADAN belum pun menjengah, namun kehangatan mencari lokasi berbuka puasa sudah mula terasa.

Setiap tahun, pengalaman iftar bukan sekadar tentang mengenyangkan perut, sebaliknya menjadi momen berkumpul, berkongsi cerita dan menikmati hidangan yang menyenangkan jiwa.

Iklan
Iklan

Mengambil kira trend itu, SinarPlus menyenaraikan antara destinasi kulinari yang sudah mula memperkenalkan menu istimewa Ramadan.

Salah satunya adalah Me’nate Steak Hub yang tampil dengan konsep berbuka ringkas, selesa dan sesuai dinikmati bersama orang tersayang.

Iklan

Untuk Ramadan kali ini, Me’nate memperkenalkan Iftar Mubarak Platter yang ditawarkan bermula 1 hingga 29 Ramadan 1447H di semua cawangannya.

Iklan

Di bawah kendalian Palace Butcher Resources Sdn Bhd, restoran ini memilih konsep hidangan berkongsi yang sesuai untuk suasana berbuka secara santai, sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.

Menurut Penolong Pengurus Jualan Me’nate, Mohd Izham Othman, Iftar Mubarak Platter direka khas untuk minimum dua orang dengan gabungan hidangan yang seimbang dan memuaskan.

Sajian ini disertakan Tomato Pilaf Rice bersama pilihan menu signatur dan premium yang menjadi kegemaran pelanggan setia Me’nate.

“Ia bukan sekadar hidangan mengenyangkan, sebaliknya memberikan pengalaman berbuka puasa yang lengkap dan selesa,” katanya.

Platter ini menampilkan hidangan utama yang dekat dengan cita rasa ‘comfort food’ untuk berbuka seperti BBQ beef ribs yang lembut, lamb shank tulang merah yang kaya rasa, serta harissa chicken drumstick.

Ia dilengkapkan dengan Arabic vegetables stew, mix salad serta pelbagai pilihan sos dan sambal termasuk BBQ sos, sos tulang merah, sambal korek dan sahawiq.

Menariknya, pelanggan yang menikmati Iftar Mubarak Platter secara dine-in turut mendapat akses tanpa had ke Semi Buffet Me’nate. Antara sajian yang disediakan termasuk kuih-muih tradisional, aneka pencuci mulut, hidangan gorengan nasi, juadah berasaskan mi, live cooking station pasta, buah-buahan segar, kurma, kekacang serta pilihan salad dan pembuka selera.

Bagi yang lebih gemar berbuka di rumah, Me’nate turut menyediakan Iftar Mubarak NateBox untuk empat hingga lima orang. Mudah dikongsi, praktikal dan tetap mengekalkan ‘mood’ Ramadan, ia sesuai untuk yang ingin menikmati hidangan istimewa tanpa perlu keluar rumah.

Lebih memeriahkan suasana, majlis pengenalan menu ini turut diserikan dengan kehadiran anggota kumpulan Senario, menjadikan pengalaman iftar di Me’nate bukan sahaja tentang makanan, tetapi juga tentang suasana dan kenangan bersama.

Jika anda mencari lokasi berbuka yang selesa, tidak terlalu formal tetapi tetap istimewa, Me’nate Steak Hub antara pilihan yang boleh dipertimbangkan Ramadan kali ini.

Kata Izham, Me’nate Steak Hub turut menawarkan promosi Early Bird dengan potongan harga sebanyak 15 peratus sehingga 31 Januari 2026 bagi tempahan meninimum dua orang.

Harga promosi ditetapkan pada RM84.90 seorang bagi dewasa manakala kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun ditawarkan pada harga RM42.40 seorang.