HANTARAN Instagram pelakon Kamal Adli terus menjadi perhatian warganet susulan perpisahannya dengan aktres Uqasha Senrose pada Isnin.
Sebuah perkongsian ringkas memaparkan perkataan ‘Hancur’ berlatarkan pemandangan langit memberi bayangan emosi yang sedang dirasainya.
13 jam dimuatnaik, posting berkenaan menerima lebih 80,000 tanda suka daripada rakan selebriti dan peminat.
Manakala ruangan komen memaparkan titipan kata-kata semangat agar bapa kepada seorang cahaya mata itu terus kuat menempuhi fasa kehidupan peribadi yang mencabar ini.
Tidak kurang yang cuba menggembirakan Kamal dengan balasan yang lucu.
"Sabar Mal, life must go on. Istighfar dan jangan putus asa. Masing-masing ada ujian. Kuatkan semangat ya. Semua ada hikmah, jangan lupa tu ok," titip pelakon Roy Azman.
"Sabar, kami ada. Kadang-kadang orang tidak paham perasaan seorang ayah demi seorang anak," tulis Datuk Fizz Fairuz.
"Fasa baru sentiasa muncul, yang kekal agama. Kuat semangat," kongsi Achey.
"Be strong. Its ok to be not ok. Feel it and heal it. Take your own time to cry but remember, please be back stronger. Insya-ALLAH everything will ne fine soon. ALLAH Maha Tahu," coret Fazurina.
"Orang kuat ALLAH uji kerana ALLAH sayang . Stay strong in faith brother," kata Farah Ahmad.
"Tidak mengapa, rasakan dahulu pedihnya. Jangan kuat sekarang. Hiduplah dengan rasa luka ini dan apaila sudah siap, baharu kembali semula ya. ALLAH masih menulis kisah indah untukmu," coret pendakwah Hafiz Kamal.
"Chin up, this shall pass. Jom beli motor," tulis Sharnaz Ahmad.
Sekadar info, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Syarie, Siti Noraini Mohd Ali pada Isnin.
Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, berusaha mempertahankan perkahwinan mereka demi anak tunggalnya selepas, Uqasha memfailkan permohonan perceraian pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman dan masalah rumah tangga yang berlaku sejak April 2025.
Untuk rekod, pasangan itu diijab kabul pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.