Setahun bertahan, Aireena dan Haqiem Stopa bercerai. 'Dia tetap ayah kepada Hud'

Iklan

SELEPAS konflik rumah tangga, personaliti media sosial Haqiem Stopa dan Aireena Sofia kini rasmi berpisah, menamatkan babak yang penuh kisah di sebalik layar hubungan mereka.

Aireena menerusi laman sosial Threads memaklumkan urusan perceraian dengan pempengaruh permotoran itu berjalan lancar.

Iklan
Iklan

“Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala urusan. Saya telah berpisah dengan si dia, pada hari ini 13.1.2026,” titipnya.

Dalam pada itu, Aireena berharap fasa baharu kehidupannya itu dapat dijalani dengan penuh harmoni bersama anak lelaki tunggalnya.

Iklan

Enggan berpaling ke belakang, Aireena berharap bekas suaminya fokus kepada anak dan perjalanan hidup yang lebih positif. 

Iklan

"Saya tiada apa apa ingin di sampaikan. Doakan yang terbaik untuk saya dan Hud. 

"Apa-apa pun, dia tetap ayah kepada Hud. Perbaiki diri, teruskan melangkah ke hadapan demi masa depan anak," ungkapnya.

Terdahulu, rumah tangga Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, dan Aireena goyah selepas didakwa terkait hubungan dengan wanita lain.

Susulan itu, Aireena memfailkan perceraian terhadap Haqiem di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor pada 6 November tahun lalu. 

Mereka yang mendirikan rumah tangga pada Oktober 2024 memiliki seorang cahaya mata lelaki berusia empat bulan.

Sumber: Threads