Smoke Hickory Lamb curi perhatian, iftar di Mardhiyyah Hotel & Suites kembali dengan Destinasi Rasa 3.0

Iklan

TERLETAK di Shah Alam, Mardhiyyah Hotel & Suites kembali menjadi antara destinasi pilihan untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman iftar lengkap dalam suasana selesa dan tersusun.

Menjelang Ramadan, hotel ini mempersembahkan Bufet Ramadan Destinasi Rasa 3.0 dengan lebih 50 pilihan menu terpilih, menggabungkan cita rasa tradisional tempatan dan sentuhan antarabangsa. 

Iklan
Iklan

Setiap hidangan disusun bagi memberi pengalaman berbuka yang bukan sekadar mengenyangkan, malah mencipta momen bermakna bersama keluarga, rakan mahupun rakan sekerja.

Promosi terhad early bird berharga RM155.00 untuk dewasa sehingga 31 Januari 2026. 

Iklan

Bermula dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026, bufet yang tersedia di Restoran Royale Songket itu menghidangkan menu yang paling dinanti iaitu smoke hickory roasted whole lamb/.

Kali ini ini turut ditawarkan  menu istimewa seperti salad betik Thai (Somtam), gulai kambing batang pisang kenduri kampung, Thai Boat Noodle dan Seafood On Ice. 

Iklan

Para tetamu juga boleh menikmati pembuka selera tradisional dan makanan jalanan Malaysia termasuk sate ayam dan daging, mi mamak, otak-otak serta pelbagai kuih Melayu klasik. 

Selain itu turut tersedia, pilihan nasi kandar, menu eksotik seperti ikan salmon panggang, mi udang oriental, bubur lambuk daging rusa dan sup pekat tulang kambing berempah. 

Pilihan menu kawah turut disediakan termasuk daging salai masak lemak bersama maman dan ikan patin masak tempoyak. Sementara hidangan bufet utama merangkumi kambing kuzi, daging rendang tok, daging goreng Minang dan ayam kabsah Timur Tengah. 

Pengalaman berbuka juga lengkap dengan pencuci mulut yang memikat hati pengunjung. 

Selain memastikan setiap suapan membawa kenangan istimewa sepanjang bulan mulia ini, pengalaman berbuka di sini juga lebih bermakna apabila tetamu berpeluang menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih dengan imam jemputan. 

Turut tersedia pakej berbuka secara berkumpulan atau majlis korporat menerusi pilihan Private Function Buffet, pakej mesyuarat serta Ramadan Staycation.