'Nikmati mainan baharu...' Dr Fie beli kereta Proton e.MAS, kata-kata semangat ibu bapa buat ramai sebak, sentiasa ada di sisi

Iklan

PEMPENGARUH media sosial Dr Fie Tawfek kini memiliki kenderaan baharu berupa Proton e.MAS.

Menerusi perkongsian Instagram ibunya, Dr Fie atau nama penuhnya  Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek sempat bergambar di hadapan kenderaan elektrik berona Quartz Rose.

Iklan
Iklan

Dia yang baharu berpisah dengan penyanyi Nubhan Ahamad menerima kata-kata positif daripada ibu bapa tersayang.

"Tahniah anak perempuan sayang @drfietawfek. Let go of what’s gone, better things are on the way.

Iklan

"Not every loss is a loss, sometimes it’s an upgrade. 

"Nikmati mainan baharu, memang layak untuknya.” Jom jalan #anaksulungkami," titip ibunya, Dr Zailah Zainudin.

Iklan

Warganet turut mengucapkan tahniah buat Dr Fie atas atas pembelian kenderaan bernilai lebih RM100,000 itu.

Rata-rata juga memuji kedua ibu bapa Dr Fie yang tidak henti memberikan sokongan buat anak sulung mereka.

"Mak Ayah Dr Fie ini memang supportive, suka tengok. Waktu anak jatuh dan dibuang. emak ayah sentiasa ada dengannya."

"Ibu bapa juga yang terbaik."

"Masya-ALLAH, selamanya menjadi anak di sisi ibu bapa adalah tentang menerima kasih sayang yang tulus, tanpa luka dan tanpa pengkhianatan."

"Bertuah Dr Fie ibu ayah sentiasa di sisi."

"Very supportive parents. Love all your kind words. Hopefully the children can emulate their mothers."

Imbas kembali 2 Mac lalu,  Nubhan dan Dr Fie sah bercerai bercerai talak dua, dengan lafaz talak pertama berlaku pada 2017 dan talak kedua pada Ogos 2025 selepas 10 tahun berumah tangga.

Daripada perkahwinan itu, Dr Fie dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4.