Wanna Ali bakal timang anak sulung, kini hamil enam bulan – ‘Bukan lagi hanya awak dan saya, tapi kami’

Iklan

SELEPAS melalui detik indah bergelar isteri, kehidupan pelakon Wanna Ali kini diserikan pula dengan kehadiran satu lagi anugerah besar daripada Ilahi. 

Tanpa perlu banyak kata, senyuman dan sinar bahagia pada wajahnya sudah cukup menggambarkan betapa hatinya kini dipenuhi rasa syukur.

Iklan
Iklan

Pelakon Wanna Ali berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata sulung.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu memuat naik berita tersebut menerusi satu hantaran istimewa di laman Instagram miliknya yang sarat dengan emosi dan rasa syukur.

Iklan

Dalam perkongsian berkenaan, pemilik nama sebenar Nor Syazwana Mohd Ali meluahkan rasa bahagia apabila kehidupannya berubah sepenuhnya selepas mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta,  Khairul Amri Tan Sri Datuk Sri Khalid.

Iklan

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 9 Februari lalu. Dalam majlis tersebut, Wanna yang juga anak kepada penerbit terkenal, Datuk Ayu Puteh menerima mas kahwin berupa 10 dinar emas dan sebentuk cincin.

“Masha-ALLAH Tabarakallah. Dalam tempoh setahun lebih, ALLAH telah menulis semula seluruh perjalanan hidup saya. 

“Sudah 25 minggu mengandung hasil cinta kami, dan hanya tinggal tiga bulan lagi sebelum kehidupan ini bukan lagi tentang awak dan saya, tetapi tentang kita,” tulisnya.

Menurut Wanna, masa berlalu begitu pantas namun setiap detik yang dilalui terasa sangat indah dan tersusun rapi oleh Yang Maha Esa.

“Alhamdulillah atas cinta ini, keluarga ini dan keajaiban ini. Terima kasih ya ALLAH… sesungguhnya Engkau Maha Besar,” luahnya penuh makna.

Hantaran tersebut turut dimuat naik bersama sebuah video pendek yang memaparkan perjalanan cinta mereka bermula daripada fasa merisik, bertunang sehinggalah selamat diijabkabulkan.

Lebih menyentuh perasaan, video sama turut memperlihatkan perubahan fizikal Wanna sepanjang kehamilan serta momen manis apabila dia ditemani suami menghadiri pemeriksaan kandungan, mencerminkan fasa baharu kehidupan yang penuh kasih dan harapan.