'Ini tempat istirahat baharumu sayang' - Pengebumian Nadia Kesuma selesai, hantaran suami undang air mata, lebih 500 orang hadir solat jenazah

Iklan

PROSES pengebumian pelakon Nadia Kesuma di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah selesai pada jam 7.35 pagi waktu tempatan.

Hantaran Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah selepas selesai menguruskan jenazah isterinya itu mengundang sebak.

Iklan
Iklan

Dalam hantaran tersebut, Muhammad Kamarul berkongsi foto pusara Allahyarham dan menyifatkan ia sebagai lokasi istirahat terakhir isterinya.

"Tempat peristirahatan baharumu, sayang. Alamatnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, Column 23, Baris 12, Blok 8, Dahaban New Cemetery, Jeddah, Arab Saudi.

Iklan

Dengan penuh emosi, beliau meluahkan rasa duka terpaksa meninggalkan insan dicintaai, namun reda kerana percaya isterinya kini berada di tempat yang lebih bahagia. 

Iklan

Malah pensyarah Universiti Sains Malaysia itu menzahirkan janji akan kembali menziarahi pusara arwah.

"Saya terpaksa meninggalkanmu sekarang, sayang...dengan rasa sakit dan duka di hatiku. 

Sementara itu, anaknya menerusi akaun  @myyrraaa di laman sosial memaklumkan lebih 500 jemaah hadir untuk solat jenazah ibunya.

"Alhamdulillah ma, syukur pengakhiran mama sangat sempurna dan baik. Lebih 500 orang jemaah di tanah Jeddah yang solatkan dan mendoakan mama. Rakyat Malaysia pun ramai sangat yang mendoakan mama. 

"Insya-ALLAH kita berjumpa semula sekeluarga di syurga ya mama," titipnya.

Berita pemergian Nadia mengejutkan para peminat dunia seni tanah air selepas hilang di Jeddah. 

Terdahulu, pelakon Gerak Khas dan filem Syaitan Munafik,  gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Raja Abdul Azizpada Khamis.

Difahamkan, Nadia menyertai pakej Umrah-London–Paris di bawah sebuah agensi pelancongan bersama 21 jemaah lain berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1.48 pagi Selasa lalu.

Pemergian Allaharyam meninggalkan tiga cahaya mata berusia antara 11 hingga 15 tahun.

Sumber: Facebook, Threads