Jenazah Nadia Kesuma dimandikan anak, solat jenazah diimamkan suami, rakaman CCTV dedah detik akhir rebah akibat serangan jantung

No Image Caption
A
A
A

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan detik mencemaskan apabila pelakon, Nadia Kesuma, rebah secara tiba-tiba akibat serangan jantung sebelum dikejarkan ke hospital.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah, hasil semakan CCTV Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz Jeddah oleh pihak berkuasa, Allahyarham rebah akibat serangan jantung di lapangan terbang itu dan telah dikejarkan ke hospital oleh pihak berkuasa.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 8.07 pagi pada 15 Januari 2026.

Menerusi hantaran di Facebook suami Allahyarham, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan yang kini berada di Jeddah, jenazah Nadia atau nama sebenarnya  Nadiah Kasumawati Abdul Karim telah jenazah sudah diuruskan untuk pengebumian.

No Image Caption

"Jenazah Allahyarham sudah dimandikan oleh anak kami, Sarah dan kawan arwah.

"Jenazah juga sudah disembahyangkan dengan diimamkan oleh saya sendiri, Alhamdulillah. 

"Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh waktu Jeddah," kongsinya di Facebook.

Artikel Berkaitan:

Berita pemergian Nadia mengejutkan para peminat dunia seni tanah air selepas hampir dua hari usaha pencarian dilakukan pelbagai pihak.

Terdahulu, pelakon Gerak Khas dan filem Syaitan Munafik,  gagal dikesan selepas tiba di lapangan terbang itu pada Khamis.

Difahamkan, Nadia menyertai pakej Umrah-London–Paris di bawah sebuah agensi pelancongan bersama 21 jemaah lain berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1.48 pagi Selasa lalu.

Pemergian Allaharyam meninggalkan tiga cahaya mata berusia antara 11 hingga 15 tahun.

Sumber: Facebook 1, 2

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang