SETIAP kali Ramadan menjelma, suasana terasa berbeza.
Bulan yang sarat dengan penghayatan rohani ini bukan sahaja mengajar erti kesabaran menahan lapar dan dahaga. Malah, menghidupkan semula momen kebersamaan yang sering dinanti-nantikan, detik berbuka puasa bersama insan tersayang apabila matahari perlahan-lahan melabuhkan tirai senja.
Segala keletihan seharian terasa terubat apabila dapat berkongsi juadah bersama keluarga, sahabat dan rakan sekerja.
Sama ada di rumah, surau, masjid, gerai mahupun restoran, pengalaman berbuka puasa sentiasa menjadi kenangan yang istimewa.
Tahun ini, Restoran Kakatoo sekali lagi tampil mengimarahkan Ramadan dengan menawarkan pengalaman berbuka puasa yang bukan sahaja mengenyangkan, malah menyentuh rasa dan jiwa.
Di Kakatoo, pelanggan disambut dalam suasana yang selesa dan santai, diiringi sajian istimewa masakan warisan nyonya yang diadun halus dengan pengaruh tradisi Melayu, Cina dan India, satu gabungan rasa yang unik serta kaya dengan identiti tempatan.
Untuk Ramadan kali ini, kesemua 12 cawangan Restoran Kakatoo di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya menyediakan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa.
Setiap hidangan disusun rapi bagi memastikan kepuasan maksimum kepada tetamu, bermula daripada pembuka selera tradisional, hidangan utama yang berempah dan berlemak seimbang, hinggalah pencuci mulut yang menyegarkan.
Masakan nyonya yang disajikan di Kakatoo bukan sekadar hidangan di atas meja. Ia adalah hasil pertemuan budaya, kesabaran di dapur serta penggunaan ramuan terpilih yang diwarisi turun-temurun.
Pengerusi Kumpulan Kakatoo F&B Malaysia, Datuk Yusuf Isahak berkata, Kakatoo turut mengambil peluang mengimarahkan bulan Ramadan dengan menawarkan sesuatu yang istimewa kepada umat Islam.
“Sebagai pemain industri F&B, kami mahu bersama-sama menyantuni masyarakat dalam setiap perayaan.
"Lebih istimewa, semua sajian Kakatoo disahkan halal oleh JAKIM.
"Saya berharap umat Islam dapat menimba pengalaman berbuka puasa sambil menikmati masakan warisan nyonya di Kakatoo,” katanya.
Konsep Block Booking
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kakatoo F&B Malaysia, Puan Joyce Chong memaklumkan, tahun ini Kakatoo buat pertama kali memperkenalkan konsep block booking bagi majlis berbuka puasa dan iftar Ramadan di Restoran Kakatoo Quill City Mall, Kuala Lumpur.
“Kami membuka peluang kepada organisasi, korporat, agensi atau individu untuk menganjurkan majlis berbuka puasa secara eksklusif dengan kapasiti maksimum 120 orang.
"Suasananya sederhana, selesa dan tidak terlalu sesak, selari dengan semangat Ramadan yang menekankan kesederhanaan serta mengelakkan pembaziran,” jelasnya.
Keistimewaan juadah Kakatoo pula diperkukuhkan oleh kepakaran Cef Bob, figura berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia kulinari.
Beliau merupakan Hakim Kontinental Bertauliah oleh World Association of Chefs Society (WACS) serta Presiden Culinaire Association Malaysia.
Bukan itu sahaja, Cef Bob juga berperanan sebagai Duta Jenama Kakatoo Malaysia dan dikenali dengan kepakaran dalam masakan tempatan yang menggabungkan tradisi dan inovasi.
Dengan visi mengangkat martabat masakan Malaysia ke peringkat global, Chef Bob terus menjadi inspirasi kepada generasi chef baharu, menjadikan setiap hidangan di Kakatoo bukan sekadar makanan, tetapi satu pengalaman yang bermakna, apatah lagi di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.