'Kalau tak sah, saya angkat kaki' – Bukan isu ‘move on’, Datuk Red jelaskan sebab fail pengesahan lafaz rujuk dengan Adira

Iklan

Bila sesebuah perkahwinan berakhir, keputusan seterusnya perlu dibuat dengan tenang dan berlandaskan hukum, bukan emosi.

Itu yang sedang dilalui oleh usahawan Datuk Seri Adnan Abu Bakar atau Datuk Red dan bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi.

Iklan
Iklan

Proses pengesahan lafaz rujuk yang difailkan Datuk Red kini menanti perbicaraan pertama pada 16 Februari depan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.

Perbicaraan tersebut akan dijalankan secara tertutup dan melibatkan kedua-dua pihak.

Iklan

“Ya ke, dia ada kekasih ke, saya tak tahu. Sebab sebelum ini netizen kata saya yang ada kekasih,” seloroh Datuk Red ketika ditemui media.

Akuinya, pengesahan lafaz rujuk bersama bekas isteri difailkan bagi memastikan tidak timbul isu pada masa akan datang.

Iklan

“Andai kata rujuk ini sah, demikian juga sebaliknya. Masing-masing buat hala tuju sendiri.

“Saya tidak mahu perkara ini menjadi isu. Andai kata leka atau lalai, sudahlah diri pun ada banyak dosa. Ini bukan masalah ‘move on’ atau gila talak.

“Sekiranya saya tidak memfailkan kes, bagaimana andai kata saya masih suami Adira tetapi dia berkahwin lain, ia akan menimbulkan masalah. Saya sudah banyak dosa, jadi perkara ini yang membuatkan saya mahu selesaikan semuanya.

“Saya mahu selesaikan masalah supaya tidak timbul isu kemudian hari. Kalau okay, maka okay. Kalau tidak, saya angkat kaki. Barulah saya boleh cerita soal ‘move on’,” ungkap Datuk Red lagi ketika ditemu bual Melodi.

Halangan komunikasi dengan anak-anak

Buat masa ini, tiada perincian didedahkan kepada umum mengenai bentuk rujuk yang difailkan.

Menurut peguam syarie Datuk Red, Nor Haiza Marina Mat Ramli, kes itu difailkan ketika Adira masih dalam tempoh idah selepas perceraian mereka. Sebutan pertama dibuat bagi memberi ruang kepada pihak defendan mengemukakan pembelaan sebelum kes diteruskan ke peringkat perbicaraan.

Isu komunikasi turut menjadi perhatian. Pihak Datuk Red memaklumkan satu surat peringatan telah dikemukakan berkaitan hantaran media sosial yang menyentuh kes tersebut serta isu halangan komunikasi dengan anak-anak.

Buat masa ini, sebarang urusan komunikasi dengan anak-anak perlu dilakukan melalui orang tengah dan bukan secara langsung. Langkah itu diambil bagi mengelakkan salah faham sepanjang proses mahkamah berlangsung.

Seorang lagi peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan, memilih untuk tidak mengulas lanjut dan meminta semua pihak menghormati proses perbicaraan yang bakal dijalankan secara tertutup.

Untuk rekod, Datuk Red dan Adira berkahwin pada 3 Disember 2015 sebelum berpisah pada 24 April 2025. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayob.