'Saya ingin mengembalikan memori itu.' Air mata Fauziah Latiff gugur, kembali dengan konsert solo selepas empat dekad

Iklan

SABAN tahun menerima tawaran mengadakan konsert solo,  penyanyi Fauziah Latiff akhirnya melangkah berani  untuk muncul dalam 4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert 9 Mei ini.

Pemilik nama Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff menyifatkan ia sebagai satu tanggungjawab besar dan menghargai semua termasuk peminat, pengkarya dan orang belakang tabir.

Iklan
Iklan

Penyanyi berusia 56 tahun itu menitiskan air mata pada sidang media menzahirkan rasa terharu.

"Tiada yang tidak baik, saya menghargainya. Saya takut kerana ini adalah tanggungjawab bukan sahaja kepada audiens malah termasuk pemuzik dan komposer.

Iklan

"Ia adalah penghargaan kepada semua termasuk semua asas seni, penerbitan, orang belakang tabir dan individu yang bertungkus-lumus serta karya

Iklan

"Dari album pertama saya tidak berpeluang untuk membuat penghargaan ini, oleh itu 4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert buat saya 'terasa' untuk menghargai. Ini adalah untuk meraikan mereka. 

"Kita mahu semua enjoy the moment together dan imbas kembali ketika masih muda, lagu-lagu yang pernah didengar dahulu. 

"Saya ingin mengembalikan memori itu. Jadi konsert ini adalah untuk meraikan semula momen-momen itu," kongsinya.

Ditemui di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Fauziah mengakui 'dilamar' Ideatelier dan bersetuju kerana kesungguhan Ezuwan Ismail dan pasukannya.

"Semua ni dengan izin ALLAH. Beberapa bulan lepas  kami bertemu selepas sekian lama tak jumpa.

"Selepas dia menyebut tentang konsert, saya memang terkedu. Kemudian dia tunjukkan sudah buat susun atur semua.

"Prinsip penting saya dalam bekerja ialah etika dan kesungguhan. Apabila melihat betapa bersungguh-sungguh team Ezuwuan bekerja, saya sangat kagum dan respect.

"Keseluruhan pasukan cepat, semuanya sudah standby dan sedia," kongsinya.

Sekadar info, Fauziah cukup popular pada era 1980-an dan 1990-an. Diberi jolokan Ratu Lagu Cinta, ibu kepada dua cahaya mata itu memiliki himpunan karya berupa 11 album studio dan 14 album kompilasi.

Antara lagu popularnya ialah Gubahan Rindu Puisi Syahdu, Enggan, Tua Mengejar Kita, Batas Menanti, Dia dan Setia Ku Korbankan.