Mimie Haris sah bercerai, fokus jadi ibu bapa terbaik buat anak- 'Umum untuk elak fitnah & salah faham'

Iklan

PENYANYI dan pengacara popular, Mimie Haris, mengesahkan dia kini sah berpisah dengan suaminya, Khairril Anuar Md Dahilin, selepas mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu.

Berita itu dikongsi sendiri oleh Mimie, atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris, melalui hantaran di platform Threads miliknya, sekali gus menamatkan spekulasi yang hangat diperkatakan ramai.

Iklan
Iklan

Menurut Mimie, keputusan mereka untuk berpisah dibuat secara matang dan profesional, dengan masing-masing memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai ibu bapa.

"Kami berdua sedang meneruskan kehidupan masing-masing dan cuba menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak kami,” ujarnya.

Iklan

Mimie turut memaklumkan dia juga sudah tamat menjalani tempoh idah, menegaskan perkara berkenaan bukanlah sesuatu yang baharu.

Iklan

Untuk rekod, Mimie mendirikan rumah tangga dengan Khairril pada 16 Oktober 2022, dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki hasil perkahwinan tersebut.

Sebelum ini, bekas peserta program realiti My Starz LG musim kedua (TV3, 2009) ini pernah berkahwin pada 2015 dan 2020, namun jodohnya tidak panjang.

Meskipun kehidupan rumah tangga tidak seperti yang dirancang, Mimie kekal tenang dan matang dalam menguruskan perpisahan, menunjukkan komitmennya terhadap anak-anak tetap menjadi keutamaan.