Atiq Azman kini bergelar ayah, isteri selamat lahirkan bayi sulung lelaki – 'Terima kasih hadiahkan Keluarga anugerah paling berharga'

Iklan

BERGELAR ibu dan ayah adalah momen yang sukar diungkap dengan kata-kata apabila hadirnya si kecil seakan melengkapkan sebuah perjalanan cinta yang selama ini dibina berdua.

Perasaan itulah yang kini dirasai pelakon, Atiq Azman apabila isteri tercinta, Alia Natasha, selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Lebih bermakna, bayi lelaki tersebut diberi nama indah, Raja Muhammad Aaryan, satu nama yang sarat doa dan harapan buat masa depan si kecil.

Berkongsi khabar gembira itu di laman sosial, Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah turut memuat naik beberapa keping foto yang merakam detik penuh bahagia mereka sekeluarga.

Iklan

“Selamat datang ke dalam keluarga kami, permata hati kami. Alhamdulillah atas rezeki yang sangat indah daripada ALLAH SWT.

Iklan

"Semoga ALLAH memberkatimu dengan kesihatan yang berpanjangan, iman yang teguh, rezeki yang luas dan hati yang sentiasa dipenuhi kasih sayang," ungkapnya,

Dalam masa sama, pelakon itu turut menitipkan penghargaan istimewa buat isteri tercinta yang disifatkan sebagai wanita paling kuat dalam hidupnya.

“Dan buat isteriku tercinta, terima kasih atas pengorbanan, kesabaran dan kekuatan yang tidak terungkap dengan kata-kata.

"Terima kasih kerana menghadiahkan keluarga ini sebuah anugerah yang paling berharga,” kongsinya penuh emosi.

Sekadar makluman, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 21 Februari lalu di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.