PELAKON Nad Zainal berkongsi berita gembira tentang dirinya yang kini sedang hamil anak keempat.
Menerusi satu hantaran di Threads, pelakon berusia 35 tahun itu berkata, dia terpanggil untuk berkongsi perkara tersebut selepas menerima teguran mengenai perubahan fizikalnya.
Menurut Nad, ada individu yang menegur bahagian perutnya sehingga membuatkan dia tampil memberi penjelasan sebenar.
"Ada orang tegur perut. Hhmmmmm, saya tak buncit, saya pregnant," titipnya.
Menurut pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin mempunyai alasan tersendiri tidak mendedahkan keadaan dirinya kepada umum. Sementelah ia merupakan kehamilan keempat buatnya.
Tidak mendedahkan usia kehamilan, Nad terdahulu berkongsi Insta Story berkaitan pengorbanan ibu yang bersalin menerusi pembedahan Caesarean. Dia malah bertanya kepada warga maya tentang cadangan nama klasik.
Perkongsian Nad itu menerima ucapan tahniah daripara peminat. Ramai yang mendoakan agar kehamilan pelakon Juvana 2 dan Juvana 3 itu berjalan lancar. Tidak kurang yang mengakui sudah lama menyedari perubahan fizikal Nad dan baby bump tetapi hanya menunggu pengakuan daripadanya.
Sekadar info, Nad dan suami, pelakon dan pengarah Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ungku Indera Puteh Al Maajid, kini berusia dua tahun.
Nad memiliki dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 10, dan Budi Kalsom, 5, daripada perkahwinan pertamanya.