PELAWAK, pelakon dan pengacara Shamsul Ghau Ghau dilaporkan sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang selepas mengalami pendarahan beku di bahagian otak sebelah kiri.
Memetik OhBulan, Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, 57, menjalani prosedur pembedahan dengan kadar segera.
Artikel berkaitan:
Menurut isterinya, Sharifah Azrinah Syed Ibrahim, kos fasa pertama dianggarkan mencecah RM25,000, dan jumlah tersebut dijangka meningkat bergantung kepada keperluan rawatan susulan serta proses pemulihan.
Sementara itu, keadaan yang menimpa Shamsul turut dikongsikan pendakwah PU Amin.
"Mohon doa dan bantuan kecemasan segera agar Pak Su Shamsul Ghau Ghau sembuh. Dia kena strok.
"Malam ni kena buat rawatan segera," kongsinya.
Menurut OhBulan, mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan terus ke akaun isteri Shamsul seperti butiran berikut:
Maybank: 164593018683 (Syarifah Azrinah Syed Ibrahim)