SEJAK berita penceraian Kamal Adli dan Uqasha menjadi perhatian ramai, setiap momen yang melibatkan pelakon itu dan anak perempuannya, Hawra Uqaira, seolah-olah menjadi tumpuan warganet.
Bukan sahaja bersimpati dengan situasi rumah tangga pasangan ini, ramai yang turut menantikan perkongsian terbaru Kamal, khususnya yang memaparkan detik manis bersama anaknya.
Terbaharu, perhatian warganet tertumpu kepada satu hantaran yang dipercayai dimuat naik oleh Fariz Rose, bapa mentua tiri Kamal dan juga bapa kepada aktres Raysha Rose.
Dalam video ringkas itu, Kamal dilihat sedang mendodoikan Hawra dengan penuh kasih sayang. Fariz, ringkas namun bermakna, menulis:
Ruangan komen dipenuhi pujian dan kagum warganet terhadap Fariz.
Malah, netizen menyanjung tinggi sikapnya sebagai seorang bapa mentua yang matang, meskipun anak dan menantunya telah menempuh haluan masing-masing.
“Alhamdulillah.. bagusnya effort u sir.”
“Terbaik tok ayah.”
“Major respect to uncle.”
“U baik sangat uncle.. moga ALLAH jaga u selalu.”
Tidak ketinggalan, warganet turut menyatakan rasa sayu melihat Kamal dan Hawra bersama. Ada yang menulis:
“Daddy day care.”
“Sayu lak hati aku tengok..”
“Seronok Hawra dapat buai dengan ayah.. alhamdulillah.”
Video itu turut menampilkan Farza Dida, adik kepada Uqasha, yang sebelum ini meraih pujian warganet kerana membawa Hawra bertemu Kamal dengan penuh adab.
Detik itu menjadi simbolik bahawa hubungan seorang adik ipar dan abang ipar tetap terjaga walaupun Uqasha dan Kamal ketika itu sedang berantakan.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu. Uqasha memfailkan permohonan perceraian pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra, yang lahir pada 27 April 2024.
Walaupun berpisah, detik manis seperti ini jelas menunjukkan bahawa kasih sayang antara ayah dan anak tetap utuh.
Seperti kata Fariz dalam hantaran ringkasnya, “Life goes on, move on”, namun momen kecil yang bermakna itu cukup untuk menghangatkan hati warganet.