Remy Ishak cedera di set penggambaran, isteri titip doa — 'You can do this, my dadaaaaa!'

Iklan

PELAKON terkenal Datuk Remy Ishak mengalami keretakan tulang rusuk selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil ketika menjalani penggambaran filem terbaharu di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

Kejadian itu bagaimanapun tidak menjejaskan keadaan kesihatannya secara serius apabila Remy kini dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di sebuah pusat kesihatan.

Iklan
Iklan

Perkembangan mengenai keadaan pelakon drama ikonik Nur Kasih itu turut dikongsikan oleh isterinya menerusi satu hantaran di Threads yang memohon doa daripada orang ramai agar Remy segera pulih dan kembali aktif seperti sediakala.

“Doakan suami saya, Remy Ishak, yang mengalami kemalangan di set. Semoga cepat sembuh and he can perform again! You can do this, my dadaaaaa,” tulisnya penuh harapan.

Iklan

Hantaran tersebut pantas mendapat perhatian warganet yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat serta doa buat pelakon berusia 43 tahun itu.

Sementara itu, pengurus Remy, Azlin Abas, mengesahkan keadaan pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu kini stabil namun masih memerlukan pemantauan rapi daripada pihak doktor.

Iklan

“Remy kini berada dalam keadaan stabil. Terima kasih kerana ambil berat.

“Dia akan melakukan sekali lagi imbasan di hospital swasta bagi mengesahkan keadaannya benar-benar stabil.

“Tadi dah buat imbasan di hospital kerajaan dan akan dibawa ke hospital swasta juga untuk pastikan keadaan dia benar-benar okey.

“Buat masa sekarang, dia masih memerlukan rawatan dan pemantauan daripada pihak doktor.

“Moga tiada apa-apa yang serius agar dia boleh sambung penggambaran lagi nanti bila sembuh sepenuhnya,” katanya.

Kesakitan  bahagian  dada

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Remy berdepan isu kesihatan dalam tempoh terdekat. Pada hujung Disember lalu, pelakon filem Sangkar itu pernah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan selepas mengalami kesakitan di bahagian dada.

Menerusi hantaran di Instagram Story ketika itu, Remy berkongsi bahawa dadanya terasa seperti terkena renjatan elektrik selain memuat naik foto tangannya yang sedang menerima rawatan ‘drip’.

Walaupun diuji dengan beberapa cabaran kesihatan, Remy yang dikenali sebagai seorang pelakon berdisiplin tinggi tetap menunjukkan semangat positif dalam meneruskan kerjaya seni.

Sokongan tidak putus daripada peminat dan rakan industri menjadi kekuatan buat pelakon berbakat besar ini untuk kembali pulih sepenuhnya.

Diharapkan Remy Ishak segera sembuh dan dapat kembali ke set penggambaran untuk menghiburkan penonton dengan karya-karya hebat seperti sebelum ini.