Diddy AF dilantik kali ketiga sebagai Timbalan Dekan SCIMPA UUM- Perjalanan inspirasi dari pentas muzik ke akademik

Iklan

PERJALANAN hidup Diddy Hirdy, atau nama sebenarnya Dr Syamsul Hirdi Muhid, bagaikan satu kisah inspirasi yang membuktikan bahawa bakat seni boleh digandingkan dengan kecemerlangan akademik. 

Bekas penyanyi dan finalis Akademi Fantasi musim keempat ini baru-baru ini berkongsi berita gembira pelantikan beliau sebagai Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Universiti Utara Malaysia untuk kali ketiga.

Iklan
Iklan

Bagi Diddy, pelantikan ini bukan sekadar penghormatan, tetapi amanah besar untuk membimbing dan menjaga generasi muda di universiti. 

Iklan

“Tahun ketiga, dilantik semula dan diberi kepercayaan memikul amanah ini. 

"Bukanlah satu privilege, tapi satu tanggungjawab yang sangat besar nak menjaga anak bangsa di universiti ini. 

Iklan

"Doakan saya ya,” katanya dengan rasa syukur.

Bekas penyanyi berusia 40 tahun ini memiliki latar belakang akademik yang mengagumkan. 

Bermula dengan Diploma Pentadbiran Perniagaan, beliau kemudian menamatkan pengajian Ijazah Komunikasi di Universiti Utara Malaysia dengan tajaan biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi. 

Keputusan cemerlang membolehkan beliau menerima Anugerah Naib Canselor UUM, sebelum menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan PhD Muzik di University of Liverpool, United Kingdom.

Perpaduan antara pengalaman seni dan akademik ini menjadikan Diddy seorang tokoh yang bukan sahaja memahami selok-belok industri kreatif, tetapi juga mampu membimbing pelajar menuju kecemerlangan akademik.

Berita pelantikan ini mendapat sambutan hangat di media sosial, dengan ramai menitipkan ucapan tahniah dan doa agar beliau terus cemerlang. 

Antara komen yang menyentuh hati termasuklah 

“Masya-ALLAH, tahniah Dr Dd! Terus sukses ya!”

“Alhamdulillah, congratulations Diddy!! You can do it. Semoga dipermudahkan.” 

Tidak kurang juga yang menitipkan harapan lebih mendalam"

“Tahniah adiku, berjaya dunia akhirat,” 

“Congrats Dr, so proud of you. May this appointment bring more impact as you continue contributing to the development of our bangsa and negara.”

Diddy membuktikan bahawa perjalanan dari pentas hiburan ke dunia akademik bukan mustahil. 

Inspirasi beliau kini menjadi dorongan buat anak muda bahawa impian tinggi dalam bidang seni dan akademik boleh dicapai dengan usaha, disiplin dan semangat yang tidak pernah padam.