MENJELANG Ramadan dan Syawal, persiapan raya bukan lagi sekadar soal membeli-belah. Ia sudah menjadi satu pengalaman penuh inspirasi, idea gaya dan juga hiburan.
Tahun ini, suasana itu dirasai lebih awal apabila Shopee Malaysia menganjurkan Shopee House: Bazar Gaya Raya di Sentul Depot, menghimpunkan jenama tempatan, affiliate serta pencipta kandungan dalam satu ruang yang cukup meriah.
Acara tersebut bukan sekadar acara prapelancaran kempen raya, tetapi gambaran jelas bagaimana trend beli-belah kini semakin dipacu kandungan.
Daripada livestream hinggalah video pendek dan cadangan kreator, semuanya memainkan peranan dalam membantu pembeli membuat pilihan dengan lebih yakin pada masa sama membuka peluang pendapatan kepada pencipta kandungan serta melonjakkan jualan penjual tempatan.
Menurut Pengarah Revenue dan Perniagaan Baharu Shopee Malaysia, Opal Wu, perubahan tingkah laku pengguna semakin ketara terutama menjelang musim perayaan.
Katanya, semakin ramai rakyat Malaysia menggunakan kandungan digital untuk mencari idea, membandingkan produk dan merancang persiapan Ramadan serta raya.
“Apabila pembeli menonton livestream, video pendek dan cadangan daripada pencipta, ia bukan sahaja membantu mereka membuat keputusan lebih yakin, malah memberi peluang kepada penjual menjangkau pelanggan baharu.
"Pencipta kandungan juga dapat menjana pendapatan melalui ekosistem ini,” jelasnya.
Perubahan tersebut turut disokong data. Sepanjang 2025, platform berkenaan merekodkan lebih tujuh bilion tontonan menerusi Shopee Live dan Shopee Video.
Lebih menarik, penjual yang aktif menggunakan ciri tersebut berjaya menggandakan jumlah pesanan sepanjang kempen raya, manakala kandungan yang dipacu affiliate mencatat peningkatan pesanan sehingga tiga kali ganda.
Jelas, kuasa kandungan bukan lagi sekadar pelengkap, tetapi pemacu utama jualan.
Melangkah ke 2026, pendekatan ini diperkasakan lagi melalui kempen Shopee Bazar Hebat Ramadan. Lebih banyak sesi livestream, kandungan kreator serta elemen hiburan diketengahkan bagi mencipta pengalaman beli-belah yang lebih interaktif.
Momentum itu sebenarnya sudah dibina menerusi siri siaran langsung fesyen mingguan #GRWS di aplikasi, sebelum konsepnya diterjemahkan secara fizikal di Shopee House.
Antara tarikan utama sudah tentu pertunjukan fesyen yang menampilkan koleksi Ramadan-Raya eksklusif daripada jenama tempatan popular seperti Siti Khadijah, Naelofar, Bulan Bintang dan Adnaa.
Setiap rekaan mengetengahkan identiti tersendiri, daripada gaya sopan elegan hingga moden minimalis, sesuai untuk digayakan sepanjang Ramadan hingga pagi Syawal.
Pengalaman beli-belah
Fesyen memang sentiasa menjadi fokus utama setiap kali menjelang raya. Namun kali ini, inspirasi gaya diperkukuhkan lagi menerusi Shopee Raya Fashion Lookbook yang menampilkan duta jenama seperti Mimi Fly dan Hael Husaini.
Melalui pendekatan lebih visual dan interaktif, pembeli bukan sahaja dapat melihat helaian digayakan, malah terus mendapatkan pautan pembelian dalam satu platform yang sama.
Menariknya, pengalaman beli-belah tidak terhenti pada fesyen semata-mata. Elemen hiburan turut disuntik bagi menjadikan suasana lebih hidup.
Menerusi kerjasama baharu dengan Viu, siri mikro drama popular disiarkan di aplikasi bermula 16 Februari dengan episod baharu setiap hari pada jam 12 tengah hari.
Strategi itu jelas menunjukkan bagaimana e-dagang kini bergerak seiring dunia hiburan, membeli-belah sambil menonton drama, semuanya di hujung jari.
Bagi pembeli moden, faktor inspirasi, nilai dan kemudahan perlu hadir serentak. Tidak cukup sekadar harga menarik, mereka mahukan idea gaya, cadangan padanan, ulasan jujur serta pengalaman interaktif.
Inilah yang cuba dibina melalui pendekatan perdagangan berteraskan kandungan, satu ekosistem yang menghubungkan pembeli, penjual dan affiliate dalam suasana lebih inklusif.
Dalam ekosistem berkenaan, perniagaan kecil turut mendapat ruang untuk berkembang. Dengan sokongan kandungan kreator dan fungsi interaktif seperti livestream, mereka mampu membina jenama sendiri tanpa perlu kos pemasaran besar-besaran.
Pada masa sama, pembeli dapat menikmati pengalaman beli-belah yang lebih mesra, informatif dan menyeronokkan.
Akhirnya, kempen Shopee Bazar Hebat Ramadan bukan sekadar menghimpunkan tawaran harga berpatutan. Ia membawa naratif baharu tentang bagaimana rakyat Malaysia membuat persiapan raya hari ini, lebih digital, lebih berinformasi dan lebih terhibur.