Isu Duta jenama fesyen hangat! Sally tak salahkan sesiapa, ulas trend influencer ganti artis– ‘Rezeki ada di mana-mana’

Iklan

PEMPENGARUH media sosial terkenal, Sally Whoo, baru-baru ini berkongsi pandangan mengenai isu pemilihan duta bagi sesebuah jenama fesyen, terutama apabila ada individu tersebut kemudiannya digugurkan daripada senarai. 

Optimis dengan perkara tersebut, Sally mengakui semuanya bergantung kepada rezeki.

Iklan
Iklan

"Buat apa kita nak jadikan isu dengan orang lain kan? Kalau kita deliver dengan baik, dan klien masih pilih kita, bersyukur lah, itu rezeki," katanya jujur.

Iklan

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pelancaran koleksi terbaharu, Telekung Leona, hasil kolaborasi bersama Sally dan Zara Awliya, yang mana dirinya menjadi wajah kempen telekung berkenaan.

"Kini, kehadiran dua cahaya mata baharu ini melengkapkan lagi kebahagiaan kecil keluarga kami.

Iklan

"Jika sebelum ini, kolaborasi saya lebih kepada solekan, apapun saya syukur dengan rezeki yang diberikan DIA," ungkapnya lagi.

Untuk rekod, Sally mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang dikenali sebagai Toq.

Sebelum ini, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Ean Maleeq. 

Pemilihan influencer berbanding artis

Menyentuh mengenai pemilihan influencer berbanding artis kini semakin ketara oleh sesebuah jenama, pemilik nama sebenar, Nur Salihah Aimuni Muhammad Azaham berkata, mungkin kerana pempengaruh media sosial kini lebih dekat dengan pengguna, terutama di platform TikTok. 

Sementelah kini paltform media sosial berkenaan digunakan ramai golongan termasuklah dari pelbagai peringkat umur.

"Jadi mungkin klien nak capai brand awareness dengan cepat melalui influencer," jelasnya.

Pun demikian, Sally juga mengingatkan anak-anak muda yang bercita-cita menjadi influencer agar tidak mengabaikan pendidikan.

"Kalau nak Influencer boleh, tiada masalah tetapi pastikan kalian influencer yang berimpak, yang ada manfaat dekat orang," tambahnya.

Bagi Sally, kunci menjadi influencer yang berjaya bukan sekadar mengejar populariti semata-mata, tetapi juga mampu memberi nilai tambah dan inspirasi.

"Jadi kalau nak jadi influencer, sebaiknya jadi yang memberi, bukan sekadar terkenal," nasihatnya kepada generasi muda.