Lebih 70 hidangan Warisan Melayu! Gajah Tiga & Farmer Village hidupkan nostalgia kampung dalam suasana bazar Ramadan

Iklan

BULAN Ramadan bukan sekadar tentang berbuka puasa, ia tentang nostalgia.

Bau santan yang meresap dari dapur, bunyi sudip berlaga kuali, dan meja makan yang tiba-tiba jadi tempat paling meriah setiap petang.

Iklan
Iklan

Tahun ini, pengalaman itu cuba dihidupkan semula menerusi kolaborasi dua jenama kulinari tempatan, restoran Gajah Tiga dan Farmer Village, yang buat pertama kali bergabung mempersembahkan bufet Ramadan bertema Sajian Imbauan Desa.

Konsepnya mudah, bukan makanan hotel, bukan juga fine dining. Sebaliknya rasa kampung yang dekat di hati, seperti berbuka di rumah nenek, cuma kali ini dalam suasana bazar Ramadan yang lebih selesa.

Iklan

Lebih 70 hidangan warisan Melayu bakal disajikan, daripada pembuka selera hingga pencuci mulut. Setiap menu dipilih dengan satu tujuan: menggamit kenangan. Bukan sekadar kenyang, tetapi rasa “pernah makan dulu”.

Iklan

Antara yang dijangka jadi rebutan sudah tentu cucur udang ‘signature’, diikuti menu utama yang sarat rasa tradisi seperti rendang tok, ayam masak lemak cili api, gulai daging kawah, sate ayam dan daging, tempoyak pucuk ubi serta kambing golek. Hidangan sebegini jarang dimasak di rumah setiap hari — sebab itulah Ramadan jadi masa paling sesuai menikmatinya semula.

Ruang bufet turut menampilkan deretan pembuka selera klasik seperti gado-gado dan pelbagai jenis kerabu termasuk pegaga serta ikan bilis. Ia ibarat permulaan ringan sebelum 'serangan' lauk berat di meja utama.

Bahagian pencuci mulut pula boleh dikatakan ‘zon nostalgia’. Hampir 20 pilihan kuih dan manisan tradisional tersedia, pengat pisang, bubur pulut hitam, roti jala, cucur jawa, bingka ubi, talam cendol dan aneka rojak buah.

Turut ada sentuhan moden seperti coconut brownies dan aiskrim untuk generasi muda yang mungkin baharu berjinak dengan rasa tradisi.

Bukan sekadar makan

Menurut pengasas Farmer Village, Datuk Peter Ng, kolaborasi itu tercetus daripada keinginan memberi pengalaman berbuka yang lebih hidup, bukan sekadar makan.

Beliau menjelaskan konsep suasana bazar Ramadan dipilih bagi menghidupkan kembali memori bulan puasa, tempat keluarga berjalan santai sebelum berbuka dan memilih makanan bersama.

Dalam masa sama, lokasi ini disasarkan sebagai ruang rekreasi yang boleh dinikmati tiga generasi serentak; datuk nenek, ibu bapa dan anak-anak berkongsi satu meja tanpa rasa janggal.

Sementara itu, Pengarah Syarikat Gajah Tiga, Nazri Hendra berkata kerjasama tersebut bermula apabila kedua-dua pihak berkongsi matlamat sama, memartabatkan masakan Melayu tetapi dengan pendekatan lebih segar.

Restoran itu sendiri bermula sebagai kumpulan kecil peminat makanan tradisi sebelum berkembang melalui penyelidikan resipi dan penambahbaikan rasa.

Dari operasi sederhana pada 2014, ia kini menawarkan lebih 100 jenis makanan dan minuman setiap hari.

Buffet Ramadan Sajian Imbauan Desa akan bermula 23 Februari 2026 dengan harga antara RM78 hingga RM128 seorang.

Namun, 1,000 pelanggan terawal boleh menikmati harga ‘early bird’ serendah RM68.