RAMADAN belum bermula, tapi idea berbuka sudah boleh dirancang.
Kalau suka konsep makan kongsi-kongsi dalam suasana santai, ini antara pilihan yang menarik untuk iftar nanti.
Cili Kampung tampil sebagai destinasi kulinari pilihan, mengangkat keaslian masakan Melayu warisan yang membangkitkan rasa 'pulang ke rumah' dalam setiap suapan.
Terkenal dengan hidangan kampung autentik dan teknik masakan turun-temurun, iftar bermula dari 18 Februari hingga 19 Mac.
Harga early bird ditawarkan sehingga 31 Januari 2026 pada kadar RM128 (dewasa), RM68 (warga emas) dan RM58 (kanak-kanak), manakala harga biasa masing-masing RM138, RM78 dan RM68.
Tarikan utama bufet hujung minggu sudah tentu kambing bakar golek yang dihidangkan panas-panas dari live station Sajian Ramadan.
Selain itu, menu seperti nasi minyak, ayam goreng berempah, ikan tenggiri sambal Rica-Rica, masak lomak Beef (signatur), sambal sotong, kambing kuzi serta aneka sayur kampung yang membangkitkan selera.
Pengalaman berbuka disempurnakan dengan pembuka selera tradisional dan pencuci mulut nostalgia seperti ketupat palas kuah kacang, kerabu pucuk paku, onde-onde, talam keladi dan pulut mangga.
Turut mencuri perhatian ialah live station Nyonya kari laksa, sate, roti John mini dan ayam bakar tiga sos.
Kini beroperasi di enam lokasi utama termasuk Suria KLCC dan 1 Utama, Cili Kampung terus komited menyatukan keluarga dan sahabat melalui hidangan warisan, menjadikan Ramadan lebih bermakna dan penuh rasa.