Bapa Anis Nabilah, Aisya Hasnaa meninggal dunia pada 3 Ramadan

Iklan

CEF selebriti, Anis Nabilah dan pelakon Aisya Hasnaa kehilangan bapa tercinta, Umaruddin Bin Yahya yang menghembuskan nafas terakhir pada 8.50 malam, Jumaat.

Berita duka pemergian itu dikongsikan di laman sosial Instagram.

Iklan
Iklan

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ayah saya, Umaruddin Bin Yahya telah kembali ke rahmatullah pada jam 8:50 malam, Jumaat, 20 Februari 2026, 3 Ramadan 1447H.

Iklan

"Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu ‘anhu. Ya ALLAH, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah segala kesalahannya.

Iklan

Sementara itu, menerusi perkongsian adik mereka, Arinah Mastura, solat jenazah akan dilakukan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, SS19 Subang Jaya kira-kira jam 9.30 pagi.

Difahamkan, jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 , Subang Jaya, sejurus selepas itu.

Terdahulu, penyanyi rap Aman RA berkongsi keadaan kesihatan Allahyarham yang tenat pada Selasa.

 "Lailahahillallah. Bapa mentua saya, Haji Umaruddin Bin Yahya sedang bertarung untuk hidupnya. 

"Tolong doakan beliau. Ya ALLAH, ringankanlah ke atas kami sakaratulmaut," ujarnya.