PEMERGIAN anak sulung, Andre Mikhail Khairil Izhar malam tadi memberikan kesan yang mendalam kepada pelakon Amyza Aznan.
Dalam hantaran di Instagram, ibu kepada tiga cahaya mata itu sempat menitipkan doa.
"Semoga syurga tempatmu anak Andre Mikhail Khairil Izhar," titip Amyza.
Terdahulu, dalam temu ramah media, Amyza mengakui tidak kuat untuk menghadapi kehilangan anak lelakinya itu.
"Kali ini saya tak kuat. Saya tak kuat. Dengar tadi, kan? Itulah, itulah aku sebenarnya.
"Kuat apa? Kali ini saya tak kuat. Saya tak tahu bila saya akan kuat.
Andre Mikhail Khairil Izhar menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10.15 malam, Isnin akibat kanser paru-paru tahap empat.
Jenazah Allahyarham terdahulu dibawa ke Masjid Al-Khairiah AU3 Keramat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang, Selangor pada jam 10.30 pagi.
Sumber: Instagram