'Sekarang saya anak sulung' - Anak kedua Amyza bawa semangat abang lawan kanser tulang

Iklan

ANAK kedua Amyza Aznan, Adrian Adam reda pemergian abang sulungnya, Andre Mikhail selepas setahun bertarung melawan kanser paru-paru.

Adrian yang ditemui media menyifatkan pemergian abangnya itu adalah ujian dan takdir. 

Iklan
Iklan

"Saya reda dan saya harap ALLAH merahmati abang dan melindunginya daripada azab kubur serta azab neraka.

Dalam pada itu, Adrian sempat  mengimbas kembali momen terakhir bersama Allahyarham.

Iklan

"Sepanjang saat-saat terakhir saya bersama dia, sebenarnya dia sudah di awang-awangan. Dia macam separuh mamai. 

"Saya ada tanya dia, nak makan tak? Dia kata mahu tidur dan kemudian dia berbaring tidur.  Keesokannya dia sedar balik tapi saya yang sudah tiada di situ. 

Iklan

"Yang sempat bercakap dengan dia buat kali terakhir ialah nenek. Selepas itu dia tidur semula dan dia nazak. Itulah last kali saya bercakap dengan dia," tuturnya.

Menerima kunjungan dan sokongan rakan selebriti, Adrian turut tersentuh dan menganggap ia sebagai rezeki Allahyarham menerima doa ramai orang.

"Saya rasa bersyukur dan anggap ini satu anugerah daripada Tuhan. Rezeki orang doakan dia. 

Adrian yang turut disahkan kanser tulang baru-baru ini turut berkongsi perancangan untuk sama-sama mendapatkan rawatan kanser dengan Allahyarham namun akur dengan takdir ALLAH.

"Saya yakin dia ada titipkan dalam hatinya untuk saya jaga ibu, ayah dan adik. Actually dia macam bersemangat jugalah sebab kami akan berada dalam satu wad nanti. 

"Tapi ALLAH takdirkan ambil dia dulu. Tak apalah, kita terima saja," kongsinya yang turut berharap akan membawa semangat abang awak untuk mengharungi rawatan kanser tulang. 

Allahyarham Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir pada 10.15 malam Isnin selepas beberapa hari dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang, Selangor pada jam 10.30 pagi tadi.

Sumber: Instagram Media Hiburan