'Solatnya sah!' - Foto Siti Nurhaliza sembahyang berjubah tanpa telekung curi perhatian, ini komen agamawan

Iklan

BARU-baru ini foto memaparkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan solat dengan hanya berjubah ketika menghadiri sebuah majlis berbuka baru-baru ini, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menerusi Facebook, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, solat penyanyi nombor satu negara itu sah sekali gus merungkai kekeliruan.

Iklan
Iklan

“Ramai tanya saya, adakah solat DS (Datuk Seri) Siti ini sah? Jawapan saya, solat DS Siti sah,” titipnya.

Menurutnya, antara syarat sah solat bagi wanita ialah menutup aurat dengan sempurna, manakala pemakaian telekung bukanlah satu kewajipan dari sudut hukum.

Iklan

Sementara itu, Izhar turut menerangkan tentang hukum dagu berkaitan aurat ketika solat.

Iklan

"Menurut Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu‘ daripada mazhab Mazhab Shafie: Wajah ialah antara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu (bahagian yang bertemu leher), dan dari telinga ke telinga.”

"Ini bermaksud, bahagian luar dagu termasuk dalam kategori muka dan tidak wajib ditutup ketika solat.

"Manakala bahagian bawah dagu yang sudah memasuki kawasan leher pula bukan daripada muka, maka wajib ditutup," kongsinya.

Bagaimanapun, katanya perkara itu termasuk dalam perbahasan khilaf dalam kalangan ulama.

Sementara itu, artikel Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang ditulis Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menggariskan beberapa poin penting berkaitan hukum wanita solat tanpa memakai telekung.

"Hukum bagi wanita yang solat tanpa mengenakan telekung adalah sah sekiranya pakaian sedia ada itu telah menutupi aurat.

"Tanpa menafikan bahawa penggunaan telekung juga menepati kaedah penutupan aurat secara syarie, namun jika pakaian sedia ada wanita itu telah cukup syarat penutupan aurat, maka ia sedia untuk di bawa solat.

"Permasalahan mula timbul apabila ada yang mengganggap bahawa telekung merupakan syarat sah solat sedangkan yang menjadikan solat itu sah sebenarnya adalah dengan menutup aurat," tulisnya.

Dalam pada itu, wania diingatkan maksud menutup aurat adalah dengan melabuhkan tudung sehingga menutupi bahagian dada, pakaian yang longgar tidak menampakkan bentuk tubuh dan juga tidak nipis sehingga boleh menampakkan warna kulit.

Pakaian berkenaan juga perlu labuh hingga menutupi bahagian kaki. 

"Ketahuilah juga bahawa aurat wanita di dalam solat itu adalah auratnya juga ketika di luar solat," kongsinya.

Sumber: Facebook, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan