Atikah Suhaimie kongsi sebab suka masak & rahsia kekal harmoni dengan mentua – 'Kalau suami degil atau nakal, terus mengadu'

Iklan

BAGI sesetengah orang, memasak mungkin sekadar rutin harian. Tapi bagi pelakon Datin Atikah Suhaimie, dapur adalah ruang terapi, tempat meluahkan kasih sayang, dan juga medium untuk menyatukan keluarga.

Baru-baru ini, video Atikah sedang memasak di dapur rumahnya tular di media sosial, menunjukkan sisi santai dan tidak kekok seorang isteri untuk menyediakan hidangan buat suami tercinta, Datuk Lokman Teh.

Iklan
Iklan

Walaupun bergelar isteri seorang ahli perniagaan terkenal, Atikah tidak pernah mengambil mudah tugasnya di rumah.

Iklan

Sejak zaman bujang lagi, dirinya memang gemar memasak dan menjadikan dapur sebagai tempat untuk menenangkan minda.

Baginya, masakan bukan sekadar makanan, tetapi cara untuk menzahirkan kasih sayang kepada keluarga.

Iklan

Namun, populariti di media sosial kadang-kala membawa cabaran tersendiri.

Ada segelintir netizen yang tidak terlepas memberi komen sinis, termasuk soal Atikah masih tinggal bersama keluarga mentua walaupun sudah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata.

Dalam perkongsian di TikTok, Atikah menjelaskan keputusan itu bukan kerana terpaksa, tetapi sebagai 'pengubat rindu' kepada ibu bapanya di Singapura, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan.

“Saya masih duduk dengan mentua walaupun sudah ada anak. Mungkin sebab saya rindu keluarga di Singapura.

"Jadi keluarga mentua ini adalah pengubat rindu. Kalau Ramadan, tidaklah terasa sangat sedih berjauhan daripada mama dan papa.

"Jadi bila mentua tegur pun, saya jarang terasa. Lagi satu, kalau suami saya degil atau nakal, saya terus mengadu dengan mentua. Mentua akan terus tegur suami,” katanya.

Mentua yang baik

Selain itu, Atikah bersyukur dikurniakan mentua yang baik dan mesra. Baginya, jika hanya tinggal bersama suami sahaja, suasana Ramadan pasti terasa sunyi.

"Mungkin juga sebab dari kecil saya sudah biasa dengan suasana Ramadan yang meriah, ada adik-beradik, atuk, nenek, mama, papa, mak cik dan pak cik semua,” jelasnya lagi.

Dalam satu komen yang memuji kemahiran memasaknya, Atikah tampil menjawab dengan jujur dan lucu.

"Tak juga. Mummy mentua pun dulu selalu cakap Tika masak tak sedap. Tapi lama-lama Tika improve.

"Alhamdullilah dia suka Tika masak," kongsi ibu kepada Lyla Mulan Teh itu.

Melalui kisah ini, jelas bahawa kehidupan selebriti bukan sekadar glamor.

Ada kasih sayang, pengorbanan, dan momen harian yang sederhana tetapi penuh makna, yang kadangkala lebih menyentuh hati daripada sorotan kamera.