CSR Ramadan Fourkay Gold bawa senyuman anak yatim sambut Syawal

Iklan

Ramadan dan Aidilfitri bukan sahaja bulan untuk berbuka puasa dan meraikan kemenangan, malah tempoh ini turut mengingatkan kita tentang tanggungjawab terhadap komuniti, terutama golongan yang kurang bernasib baik.

Inilah yang digerakkan oleh Fourkay Gold, peneraju industri pembelian emas gadaian di Malaysia yang terkenal sebagai syarikat pertama memiliki sijil kepatuhan Smsyariah.

Iklan
Iklan

Dalam satu majlis yang penuh bermakna pada 26 Februari lalu, Fourkay Gold menganjurkan program CSR menyantuni 39 orang anak yatim dari Yayasan Anak Yatim dan Kebajikan Murid Islam Semenyih (Yayakem).

Program itu bukan sekadar simbolik, tetapi mencerminkan falsafah teras syarikat bahawa kejayaan perniagaan perlu selari dengan nilai tanggungjawab sosial yang memberi impak positif kepada masyarakat.

Iklan

Aktiviti yang dianjurkan termasuk sumbangan pakaian Aidilfitri seperti baju Melayu dan baju kurung, pemberian duit raya, serta majlis berbuka puasa di Le Méridien Putrajaya.

Iklan

Suasana penuh penghormatan dan kegembiraan jelas terpancar ketika anak-anak yatim menerima sumbangan, menambah semangat untuk menyambut Syawal yang bakal tiba.

Ketua Pegawai Eksekutif Fourkay Gold, Mohamad Sanusi Mohd Isa, berkata, sebagai syarikat pertama dalam industri pembelian emas gadaian yang memiliki Sijil Kepatuhan Syariah, pihaknya memikul tanggungjawab lebih besar.

"Setiap kejayaan perniagaan harus memberi nilai kepada masyarakat. CSR bukan sekadar inisiatif bermusim, tetapi sebahagian daripada budaya korporat kami.”

Beliau menambah, pendekatan berasaskan syariah diterjemahkan bukan sahaja dalam struktur transaksi, tetapi juga dalam budaya organisasi yang menekankan empati, ihsan, dan kesejahteraan komuniti.

Sebagai perintis dalam pensijilan patuh syariah, Fourkay Gold menetapkan piawaian baharu dari segi ketelusan harga dan penilaian emas, struktur transaksi adil, tadbir urus korporat beretika, dan operasi patuh syariah yang disahkan.

Sehingga kini, Fourkay Gold telah membantu lebih daripada 30,000 pelanggan mendapatkan kecairan tunai secara selamat dan bertanggungjawab.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Puteri Ainsyah Quraisha Jamalus memberitahu, peranan syarikat bukan sahaja dari segi perkhidmatan kewangan, tetapi juga memastikan masyarakat memahami industri emas gadaian.

“Ramai orang takut salah faham dengan konsep surat pajak. Kami menekankan ketelusan dan integriti dalam setiap transaksi, supaya pelanggan yakin dengan nilai yang mereka terima,” ujarnya.

Kongsinya lagi, program CSR tersebut juga merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Fourkay Gold untuk memupuk nilai keprihatinan, tanggungjawab sosial dan kasih sayang terhadap golongan yang memerlukan.

“Kami berharap program sebegini bukan sahaja memberi kegembiraan, tetapi juga menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk bersama-sama menyokong mereka yang kurang bernasib baik,” tambahnya.

Selain sumbangan langsung, Fourkay Gold juga merancang untuk memperluas program CSR pada masa akan datang, memberi impak lebih besar kepada komuniti setempat.

Salam perkembangan lain, syarikat itu terus memperkukuh perkhidmatan patuh syariah dan mewujudkan peluang kolaborasi dengan pihak kerajaan dan korporat lain, dengan matlamat menjadi rakan kewangan dipercayai oleh semua lapisan masyarakat.

Dedah beliau,  dengan strategi pemasaran yang merangkumi online dan offline, serta kepakaran dalam selok-belok industri emas, syarikat berkenaan kini melebarkan sayap dari kawasan asal seperti Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Syarikat tersebut juga terus memperkukuh jenama sebagai rakan kewangan yang dipercayai masyarakat serta entiti korporat yang aktif menyumbang kepada pembangunan sosial negara.

"Peratusan peningkatan jualan dan pelanggan sebanyak 70 peratus merupakan satu pertumbuhan terbaik sejak tahun 2025.

"Kami menyasarkan peningkatan positif untuk tahun ini dan berikutnya disamping meningkatkan lagi pengetahuan dalam kalangan masyarakat mengenai industri pembelian emas gadaian patuh syariah.

“Mungkin ada yang ragu dengan industri kami, tetapi dengan kepercayaan masyarakat, patuh syariah, dan telus dalam operasi, kami yakin dapat memberi manfaat yang luas kepada pelanggan,” jelasnya lagi.