Patung beruang comel jadi penanda 'larangan duduk' untuk social distancing

Iklan
kafe perancis

BIARPUN kebanyakan restoran dan kafe dibenarkan beroperasi seperti biasa selepas tempoh 'berkurung' di rumah dilonggarkan, tetapi itu bukan tiket untuk berasa bebas daripada penularan virus Covid-19.

Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) khususnya penjarakkan sosial harus dipraktikkan walaupun singgah ke kafe hanya untuk menghirup secawan kopi panas.

Iklan
Iklan

Inisiatif tersebut bertujuan memerangi wabak jahat yang sehingga kini masih belum menemui vaksinnya.

Jika di Malaysia, kebanyakan pengusaha bertindak meletakkan pita pelekat berbentuk 'X' menanda kerusi dilarang duduk, namun lain pula ceritanya di Perancis.

Iklan

[caption id="attachment_13635" width="1024"] KEHADIRAN patung beruang comel bersaiz besar di kebanyakan kafe di Perancis adalah untuk memastikan social distancing para pelanggan.[/caption]

Majoriti pemilik restoran dan kafe nampaknya memilih kaedah unik dengan meletakkan patung beruang bersaiz besar di kerusi pilihan supaya pelanggan mematuhi penjarakan sosial.

Iklan

Berkemungkinan, inisiatif itu dapat mengelakkan para pelanggan khususnya yang degil duduk di ruang larangan.

Pun begitu, dengan cara berkenaan mereka yang hadir bersendirian tidaklah berasa keseorangan.

Sekurang-kurangnya koleksi patung beruang comel itu 'berfungsi' menjadi peneman sepanjang berada di kafe.

 

Foto: timesnownews dan sumber internet