Wan Screen kembali ke rahmatullah, alami masalah jantung

Iklan

PEMAIN keyboard kumpulan Screen, Ridzuan Mat Rasol atau lebih dikenali sebagai Wan Screen menghembuskan nafas terakhirnya pada Rabu 4 Mac 2026.

Berita duka itu dikongsikan adiknya, Mohammad Zaid Rasul menerusi Facebook.

Iklan
Iklan

"Untuk makluman, abang kandung saya, Ridzuan Bin Mat Rasol Wan Screen telah kembali ke rahmatullah.

"Mohon doa sahabat semua agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para solihin," kongsinya.

Iklan

Memetik Harian Metro, pemergian anggota asal Screen itu berpunca daripada masalah jantung.

Difahamkan, Allahyarham pernah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang untuk masalah jantung dan menghidap diabetes serta darah tinggi.

Iklan

Wan menganggotai kumpulan Screen sejak penubuhan kumpulan itu pada tahun 1993 dan mula mencipta nama menerusi lagu Tak Suka Tak Apa.