TAHNIAH buat penyampai radio dan pelakon, Neera Azizi yang selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Rabu.
Menerusi laman sosial Threads, penyampai radio Rakita itu berkongsi foto anak perempuan yang disambut pada 5 Syawal.
Hantaran berkenaan menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan warganet.
Sekadar info, pelakon berusia 28 tahun itu mengumumkan kehamilan ketika kandungannya memasuki usia 13 minggu.
Iklan
Oktober tahun lalu, gender reveal dilakukan Neera di Tanah Suci menjadi perhatian ramai.
Pemilik nama Nurazneera Azizi itu melangsungkan perkahwinan dengan Ustaz Muhammad Hafizi yang merupakan seorang mutawif pada Julai 2025.
Iklan