‘Saya hold dulu operate kerana kos tinggi.’ Danny X-Factor derita sciatica dan otot koyak, terpaksa beraya di hospital

Iklan

KETIKA ramai sedang menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta, ahli kumpulan X-Factor, Danny berdepan ujian kesihatan yang memaksanya menyambut Lebaran di sebuah pusat perubatan di Bukit Jalil.

Menerusi perkongsian terbaharu di media sosial, Danny atau nama penuhnya Mohd Kardanie Anwa, 46, memaklumkan mengalami masalah sciatica dan kecederaan otot koyak yang menyebabkan dia sukar untuk bergerak serta berjalan seperti biasa.

Iklan
Iklan

“Salam semua… Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat anda semua. 

"Saya alami sciatica dan otot koyak, menyebabkan saya tidak dapat berjalan dan perlu berehat dan menjalani fisioterapi ” titipnya di Insta Story.

Iklan

Dalam pada itu, pelakon Budak Kelantan dan KL Menjerit itu sepatutnya menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan dialami namun keputusan untuk menangguhkan prosedur tersebut disebabkan kos rawatan yang tinggi.

Iklan

Artikel berkaitan:

“Buat masa sekarang, untuk operation saya hold dulu sebab kos tinggi. Doakan ya,” ujarnya ringkas namun penuh harapan.

Sementara itu, isteri Danny, Zaidatul Norfazlin Zakaria atau Lyn berkongsi keadaan suaminya yang mengalami kesukaran untuk bergerak.

"Dia sakit kaki atau sciatica. Sekarang di dalam jagaan hospital untuk pemeriksaan dan rawatan," kongsinya. 

Turut hadir, anak lelaki tunggal mereka yang membantu Danny untuk bergerak.

Terdahulu, Danny dan Lyn berkahwin 16 September 2011 dan dikurniakan cahaya mata lelaki selepas tujuh tahun menanti.

Sekadar info, sindrom sciatica atau rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah biasanya merupakan salah satu gejala slipped disc tulang belakang.