Isteri sibuk, anak lebam dijaga pengasuh – Zack X-Factor berkorban jadi Mr Mama, tak peduli pandangan orang 

No Image Caption
A
A
A

LAMA tidak mendengar cerita pelakon dan penyanyi asal Sarawak ini. Kalau dahulu menghiasi kaca televisyen, Zack X-Factor atau nama sebenarnya Zachery Francis Ubu kini memberi tumpuan sepenuh masa sebagai Mr Mama atau suami rumah tangga.

Memetik mStar, pelakon drama  Si Capik dan Evolusi KL Drift: The Series itu berkorban untuk menjadi 'suami rumah tangga' demi menjaga anak-anak mereka susulan keadaan isteri yang sibuk dengan kerjaya sejak dua tahun lalu.

“Isteri sangat sibuk, jadi saya terpaksa berkorban dengan menjadi suami rumah tangga sebab bila hantar anak ke pengasuh macam-macam yang berlaku. 

"Ada lebam sana sini dan saya tak boleh terima itu. Jadi, isteri cakap sama ada dia atau saya yang uruskan anak,” katanya.

Figura berusia 48 tahun itu mengakui bahawa bukan mudah untuk memegang peranan sebagai suami rumah tangga memandangkan ia masih dianggap janggal dalam kalangan masyarakat, apatah lagi apabila hanya isterinya, Jennifer Carterina, satu-satunya pencari nafkah.

Meskipun situasi itu mencabar, dia tetap bersyukur kerana kerjaya isterinya dalam pasukan tentera darat mampu menjamin kestabilan hidup mereka, termasuk soal tempat tinggal dan kewangan.

No Image Caption

"Mula-mula memang berat nak buat keputusan sebab tak tahu perjalanannya macam mana, lebih-lebih lagi bila fikir keadaan kewangan tapi beruntungnya isteri saya tentera darat.

Artikel Berkaitan:

"Dari segi rumah saya tak kisah sebab boleh duduk dalam kem, dulu saya pun pernah duduk dalam kem sewaktu kecil jadi sudah biasa.

"Saya memang tak peduli dengan pandangan orang sebab inilah peluang saya untuk menjaga anak," katanya.

Dalam tempoh dua tahun sebagai suami rumah tangga, Zack terpaksa menolak banyak tawaran lakonan kerana jadual menguruskan anak-anak tidak selari dengan kerja produksi.

"Banyak saja tawaran datang tapi saya terpaksa tolak. Pernah sekali saya terima 'job' tapi terpaksa berkejar-kejar nak ambil anak sekolah serta uruskan hal lain.

"Memang menganggu jadual produksi dan saya tak nak membebankan orang lain," luahnya.

Sekadar info, Zack berkahwin dengan Jennifer pada 2013. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 10 tahun dan dua tahun.

Terdahulu, penyanyi berdarah kacukan Iban, Bidayuh dan Kadazan itu membuat kemunculan bersama kumpulan X-Factor dalam Konsert Elite yang berlangsung minggu lalu, sekali gus mempertemukan semula ahli kumpulan berkenaan selepas lebih sedekad membawa haluan masing-masing.

Sumber: mStar

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang